Thursday, 20 June 2019

LEMANG DAN RENDANG



Lemang dan rendang merupakan makanan traditional yang sangat popular semasa hari raya. Sehinggakan ditulis dalam lirik lagu. Buluh di isi pulut...di bakar jadi lemang...ini memetik pada lirik lagu hari raya yang bertajuk Ku Pulang Setiap Raya.  

Bagaikan BFF yang sangat ideal, kalau dah bakar lemang pasti disediakan rendang untuk pencicahnya. Jika tidak, juadah ini seperti tidak sempurna dan kurang menyelerakan.

Oleh yang demikian, pada 20 Jun 2019 iaitu sehari sebelum berlansungnya program Tiga Penjuru dan Sambutan Hari Raya PPKI  kami telah bergotong royong untuk membuat lemang dan rendang ayam.

Seperti biasa,  pengagihan tugas dibuat bagi melancarkan aktiviti. Team Lemang diketuai oleh Penolong Kanan PPKI iaitu cikgu Roslan, manakala Team Rendang di ketuai oleh Penyelaras PPKI cikgu Che Haslina.



Seawal pagi lagi buluh lemang haruslah dibasuh dan dikeringkan terlebih dahulu untuk menjamin kebersihan dan kualiti lemang. 



Buluh lemang yang telah siap dibersihkan tadi akan dilapik dengan daun pisang.


Sebelum itu beras pulut perlu direndam semalaman atau sekurang-kurangnya 5 jam supaya ia kembang. Kemudian ditoskan sehingga kering.



Beras pulut itu kemudiannya diisi ke dalam buluh sehingga hampir penuh ruas buluh tersebut.





Masukkan pula santan yang telah diperisakan dengan garam secukup rasa. 







Sukatan santan dan beras pulut mestilah tepat, jika santan terlalu penuh ia akan membuak keluar ketika dibakar. Jika terlalu sedikit, lemang akan jadi keras dan berderai ketika dipotong. 

Jadi, kita serahkan kepada ketua team lemang yang lebih arif untuk menentukan sukatan itu.






Buluh lemang yang siap diisi dengan beras pulut dan santan diletakkan separa condong dan dibakar dengan api yang sederhana.




Pusing-pusingkan buluh lemang selang 20minit supaya lemang masak dengan sekata. Proses membakar mengambil masa kira-kira 3-4jam.



Pada masa ini lah kekuatan mental dan fizikal teruji kerana waktu ini kena berhadapan dengan asap dan bahang api. 
Kalau tak sanggup nak menempuh cabaran ni, tahun depan kita beli lemang kat tepi jalan jer lah jawabnya.




Sementara itu team rendang tak kurang sibuknya. Menyiapkan bahan-bahan seperti memotong dan membasuh ayam memang mengambil masa yang lama. Itu belum lagi menyiapkan bahan-bahan untuk dikisar seperti bawang merah, bawang putih, cili kering, serai, halia, kunyit dan lengkuas.



Mujur ada anak lelaki yang boleh diharap. Tolong blender pun jadi lah...




Bahan-bahan yang telah siap dikisar, menunggu masa untuk ditumis.




Daun kunyit dihiris halus untuk membangkitkan lagi aroma dan rasa rendang ayam ini.




Walau sesibuk mana pun, tugasan hakiki tetap tidak diabaikan. 




Proses mengacau rendang secara bergilir-gilir, kalau seorang diri memang lenguh tangan kerana ini mengambil masa 2-3 jam untuk siap.






Terima kasih kepada semua yang bertungkus lumus sehingga terhasilnya lemang dan rendang ayam ini, walaupun kerjanya remeh tapi semua penat lelah hilang bila melihat hasilnya yang menjadi dengan sempurna.














No comments:

Post a Comment