Tuesday, 28 May 2019

PROGRAM MENJELANG RAYA (POPIA CHEESE VIRAL)

RABU, 15 MEI 2019 (10 RAMADAN 1440H)

Tak lengkap suasana raya kalau tak buat kuih raya. Maka, pada tahun ini PPKI SMK Mambau memilih untuk membuat 1 menu yang simple, tidak memerlukan bahan yang banyak, mudah dibuat tapi sedap dimakan. Rasa sekali pasti nak lagi. Itulah dia kerepek popia cheese.

Program bermula seawal jam 8.30 pagi. Selepas perhimpunan, agihan bahan dan alatan kepada setiap kelas. Setiap murid di dalam kelas dibimbing oleh guru kelas masing-masing dan pembantu pengurusan murid mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Dalam menyiapkan kerepek raya popia cheese ini, murid telah dibahagikan kepada 3 stesen iaitu stesen menggunting (di kelas), stesen menggoreng ( di dapur PPKI ) dan stesen menggaul dan membungkus (ruang PPKI).

Murid memisahkan kepingan kulit popia yang telah siap digunting kecil.
















Proses menggaul kulit popia yang telah siap digoreng dengan serbuk cheese, gula dan serbuk cili oleh Cikgu Azlina.

Kerepek popia cheese yang telah siap perlu dimasukkan dalam balang yang kedap udara.



Dah siap.....


Sebenarnya, popia cheese ini akan diagihkan kepada semua murid semasa majlis penyampaian sumbangan hari raya nanti.

Di sini disertakan bahan dan cara membuat kerepek popia cheese viral kami...

Bahan  yang mesti ada ..5 bahan je...

Kulit popia
Cheese powder secukupnya
Gula kastor
Serbuk cili
Minyak masak untuk menggoreng

Cara nak buatnya..

1. Potong kulit popia supaya jadi bentuk segi empat dan pisahkan setiap kepingan menjadi 1 lapisan.
2. Panaskan minyak.
3. Goreng kulit popia dengan api sederhana hingga kekuningan.
4. Angkat dan toskan minyak.
5. Sejukkan seketika dan setelah itu, gaulkan bersama cheese powder, gula kastor dan serbuk cili(
    kalau nak pedas, boleh letak banyak ikut citarasa sendiri ye)
6. Simpan dalam balang.



Sangat senang bukan?

Jimat kos.....jimat masa....jimat tenaga... TAPI rasanya, haaaa meletops..

Krup ..krap..krup..krap dalam mulut...

Selamat mencuba semua.

No comments:

Post a Comment