Setahun sudah berlalu...Februari muncul kembali...ehhh ini kan lirik lagu πππ
Namun seperti biasa PPKI SMK Mambau tidak pernah lekang dengan program yang menuntut penglibatan semua pelajar, guru serta ppm.
Program apakah yang hangat berlansung sekitar Februari ini adakah ia sehangat cuaca panas dan kering berpanjangan yang sedang melanda negara kita sekarang.
Program keceriaan bermula, waktu kokurikulum pada hari Rabu telah diisi dengan aktiviti gotong royong mengecat pasu bunga sebagai persedian untuk program Hiasan Taman PPKI serta Program Keceriaan 3K (tempoh masa sepanjang tahun).
Agaknya apakah motif pasu yang di cat dengan begitu bersunguh-sungguh oleh guru dan pelajar ni? Maaf sebab ia harus dirahsiakan dulu, bila dah siap nanti kami akan tunjukkan hasil kreativiti yang pasti memukau. Program ini diketuai oleh cikgu Shahina Ashikeen dan cikgu Nuraisyah dan dibantu oleh semua guru dan pelajar.
|
Corak apa yang nak di buat kat pasu ni... boleh agak keπ |
Rabu, 20 Februari 2019 Pelajar perempuan menghadiri taklimat penjagaan kesihatan wanita anjuran Unit Kaunseling dan berkolaborasi dengan Libresse Malaysia. Program ini sangat bermanfaat kerana memberi penekanan kepada penjagaan bahagian dalaman yang merupakan sebahagian daripada rutin kebersihan wanita, sama penting dengan penjagaan wajah.
|
Memberi sepenuh tumpuanπ |
|
Dapat gift selepas dengan ceramah...terima kasih Libresse. |
Pada hari yang sama bertempat di Bilik Gerakan pula telah diadakan Kursus Kepimpinan Ketua Unit Beruniform, Kelab Persatuan dan Sukan Permainan yang telah dihadiri oleh Rumitthira, Jethro, Norizwan dan Biraj. Semoga dengan pendedahan tentang kepimpinan yang diberikan sewaktu kursus ini dapat memantapkan lagi bakat pemimpin yang ada dalam diri mereka.
Sabtu, 23 Februari 2019 Seramai enam orang pelajar PPKI SMK Mambau merupakan antara 200 orang peserta dan pemimpin pengakap yang telah menghadiri Sambutan Hari Pengasas Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Seremban Timur 2019. Diadakan di Muzium Negeri Sembilan, Jalan Sungai Ujong, Seremban dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah Pertandingan Mewarna, Buku Skrap, Nyanyian Solo dan Explorace.Terima kasih kepada cikgu Siti Noroni dan Kak Wa sebab telah mengorbankan cuti hujung minggu untuk mengiringi pelajar ke majlis ini.
|
YB Hafiz ke ni π |
Selasa, 26 Februari 2019 Mesyuarat Badan Pemuafakatan Pendidikan Khas 1/2019 telah diadakan di Bilik Gerakan mulai jam 10.30pagi dan berakhir sekitar jam 1.00 tengahari. Sementara menunggu mesyuarat bermula ahli mesyurat sempat menonton persembahan multimedia mengenai semua aktiviti serta pencapaian PPKI SMK Mambau sepanjang tahun 2018.
Mesyurat yang menjadi rutin setiap tahun untuk mewujudkan kerjasama ibubapa
dan PPKI dalam membantu meningkatkan pencapaian akademik, kokurikulum , pengukuhan sahsiah dan disiplin pelajar. Terima kasih diucapkan kepada ibubapa yang sempat meluangkan masa menghadiri mesyuarat ini dan memberi sokongan yang berterusan kepada PPKI.
|
AJK Pendaftaran cikgu Nuraisyah dan cikgu Margaret Ann setia menanti kehadiran ahli mesyuarat. |
Sebagai tanda ingatan dan kenang-kenangan PPKI SMK Mambau memberi sekeping kad ucapan di kepada ibubapa yang menyambut hari lahir pada bulan Januari - Februari.
Setelah penat bermesyuarat di sebelah pagi, petangnya ahli kelab guru dan staf ppki ke GH Corner untuk meraikan majlis perpisahan cikgu Mohamad Zabid yang telah berpindah ke SMK Shamsudin Nain mulai 2 Januari 2019 yang lalu.
|
Makan time π |
|
Ceria semuanya bila hidangan ada depan mata π |
|
Bersama yang diraikan Tn Hj Mohamad Zabid . |
|
Harap cikgu Zabid suka dengan hadiah yang diberikan π |
|
Tak cukup korum, cikgu Azean tidak dapat menghadirkan diri di saat akhir kerana ada mesyuarat penting π |
Rabu, 27 Februari 2019 Majlis perpisahan cikgu di peringkat sekolah dan PPKI telah berlansung dengan jayanya. Sepanjang tempoh perkhidmatan selama 3 tahun dan 3 bulan di PPKI SMK Mambau, beliau telah banyak memberi sumbangan terhadap perkembangan akademik, keceriaan dan bina insan. Berbakat dalam bidang pertukangan dan kerja-kerja am Cikgu Zabid memang sesuai dengan gelaran Mc Gyver PPKI . Terima kasih cikgu Zabid, jasamu dikenang dan selamat maju jaya di sekolah yang baru.
|
Wow besarnya kadπ |
|
Mendengar amanat terakhir dari cikgu Zabid |
|
Yumal memang suka kelas cikgu Zabidπ |
|
Sedikit ucapan oleh cikgu Roslan |
|
Cikgu Margaret Ann selaku pengacara majlis pada hari ini |
Dalam kesibukan dengan program yang silih berganti , semua guru tidak menang tangan menghasilkan soalan kuiz untuk Frog World ChampionshipπΈ.Kehadiran Frog VLE ini dapat membantu guru-guru untuk berinteraksi dengan lebih berkesan dengan pelajar bukan sahaja di dalam kelas malah di alam maya.
Bila cikgu dah buat soalan, pelajar kena lah jawab soalan yang cikgu dah sediakan.
|
Selamat menjawab Rumitthira...Farhana jangan bagi jawapan π
|
Khamis, 28 Februari 2019 Hari akhir di bulan Februari bermaksud ini merupakan program penutup untuk bulan ini. Pagi-pagi lagi kami telah bertolak ke Sendayan Park untuk aktiviti riadah dan rekreasi.Aktiviti ini bukan sahaja menyihatkan badan tetapi ia merupakan terapi yang baik untuk merehatkan minda dan badan terutama untuk mereka yang telah menunjukkan simptom-simptom stres seperti mudah marah, letih, lesu dan tidak bersemangat.
|
Taklimat oleh cikgu Nanthamalar sebelum bertolak ke Sendayan Park |
|
Ada nampak saya happy π |
|
Dah sampai Sendayan Park |
|
Warm-up dulu |
|
Warm-up lagi |
|
Jom mendaki bukit Sendayan Park...penat ke ?...kak Wa steady jer sebab dah biasa hiking π |
|
Norizwan si jejaka Korea π |
|
Kumpulan BLACKPINK ddu-du ddu-duπ |
|
Ni kumpulan BTS pun boleh lah π |
|
Hai Fei Yip π |
|
Agihan sarapan oleh cikgu Che Haslina |
|
Makan di tepi tasik memang menyelerakanπ |
Selesai beriadah kami bergerak ke Ole-Ole Superbowl Mydin Seremban 2 untuk agenda kemuncak pada hari iaitu Pertandingan Boling dan Aktiviti Penerokaan Kendiri. Pertandingan boling ini bertujuan memilih calon terbaik bagi mewakili sekolah ke peringkat daerah. Disamping itu ia meningkatkan daya fokus serta membantu koordinasi mata, tangan dan jari. Sukan boling ini juga dapat memupuk semangat tolong menolong sesama rakan dalam kumpulan.
|
Percubaan pertama... |
|
Percubaan kedua... |
Setelah bermain boling sebanyak dua pusingan, diadakan pula Aktiviti Penerokaan Kendiri. Aktiviti apa pula ni? Memandangkan ini merupakan aktiviti kali pertama dijalankan, sekali lagi pelajar diberikan taklimat tentang perjalanan aktiviti ini.
Setiap pelajar diberikan wang sebanyak RM5 dan mereka bebas untuk membeli belah asalkan bersesuaian dengan bajet yang diberikan. Disini pelajar dapat belajar kemahiran untuk membuat pilihan tepat ketika berbelanja dan berbelanja secara berhemah.
Aktiviti ini juga dapat mendidik pelajar untuk berjimat cermat serta menghargai wang, mendahulukan pembelian barangan keperluan berbanding dengan barangan kehendak serta menabung baki wang yang ada.
Jadi apa tunggu lagi Mengapa Bayar Lebih? Belilah dengan harga borong...Jom shopping di Mydin.
|
Cikgu Nanthamalar memberi duit belanja untuk semua pelajarπ |
|
Misi membeli belah bermula πͺ |
|
Enjoy your shopping everybody π |
|
Tengok tanda harga sebelum ambil π |
|
Susahnya nak buat pilihan bila terkongkong dengan bajet...hmmm nak beli ke tak mister potato niπ |
|
Masih gagal untuk mendapat barangan...troli pun kosong lagi π |
|
Cikgu Siti dah dapat barang, ahli kumpulan masih tercari-cari π |
|
Harga air kotak ni macam lebih dari RM5π |
|
Wahhhh satu bakul barang...cukup tak RM5 tu π± |
|
Nampaknya semua berbelanja secara berhemah π |
|
Selesai di Mydin, mereka terus bershopping di kedai sekitar ruang legarπ |
|
Semestinya gerai ayam goreng yang menjadi pilihan π |
|
Mereka dan aiskrim McDonald memang sukar dipisahkanπ¦ |
|
Kalau musim panas, memang kena cari ni πΉ |
Dengan itu tamatlah program untuk bulan Februari 2019, secara keseluruhannya semua program telah dapat dilaksanakan dengan begitu baik sekali. Terima kasih kepada semua yang terlibat, ternyata kalian memang hebat.
Pastinya PPKI SMK Mambau ada banyak lagi program yang gempak di bulan Mac. Nantikan update seterusnya π
No comments:
Post a Comment