Tuesday 19 August 2014

Lawatan Sambil Belajar Johor/Melaka (Taman Negara Tg.Piai) - part 2

12 Ogos

Perjalanan lawatan kami pada hari pertama diteruskan lagi ke Taman Negara Tg. Piai. Taman negara ini merupakan kawasan tarikan pelancongan terkenal di Malaysia. Ini kerana ia merupakan tanah paling selatan di benua Asia. Ia terletak dalam mukim Kukup, daerah Pontian, Johor.
Tanjung Piai terkenal dengan restoran makanan laut dan juga mempunyai hutan paya bakau yang indah dan belum terdedah kepada pencemaran mahupun pembangunan. Dari sini, kita dapat lihat bangunan pencakar langit Singapura yang dipisahkan oleh Selat Johor.
Eksplorasi kami yang melalui laluan tersedia yang panjang tidak dirasai kerana menikmati pemandangan paya bakau yang indah dan melihat keindahan flora fauna ciptaan yang Esa..SubhanaAllah...











No comments:

Post a Comment