Wednesday 29 June 2022

MINGGU PENDIDIKAN KHAS 2022 - Part 2

 29 Jun 2022 , Rabu...3 program serentak berlangsung pada hari ini sempena Minggu Pendidikan Khas...

Program Khidmat Masyarakat di City Park Seremban 2

Sambutan MAS di City Park Seremban 2

Pertandingan boling di Ole Ole Mydin Mall Seremban 2


Seawal 7.15 pagi, semua murid berkumpul di dewan terbuka untuk diambil kehadiran dan taklimat daripada penyelaras program iaitu Cikgu Nuraisyah.



Tepat jam 7.45 pagi murid beratur menaiki bas untuk ke City Park S2

Ceria muka masing-masing

jejaka-jejaka PPKI SMK Mambau


Tiba di City Park S2




Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan dibimbing oleh dua orang guru atau PPM. Mereka perlu bergerak dalam kumpulan sepanjang berada di City Park. 

Program Khidmat Masyarakat yang  dijalankan di City Park ini ialah, aktiviti mengutip sampah sarap seperti botol minuman, tin minuman, kotak, bekas makanan, plastik makanan, penyedut minuman dan sebagainya yang ada di kawasan City Park.

Setiap murid dibekalkan dengan sarung tangan plastik untuk dipakai sepanjang aktiviti dan 1 keping plastik sampah bagi setiap kumpulan.



























Selesai kerja amal, kita berehat dan makan dulu sebelum bergerak ke Mydin...








Sambutan MAS




Kita dah sampai di Mydin Mall S2







Tukar kasut dulu ye. Pastikan tau saiz kaki masing-masing.





Pertandingan boling ini melibatkan semua murid. Semua murid perlu bermain tanpa pengecualian.

 Setiap murid low function sentiasa dipnatau dan dibimbing oleh guru-guru dan PPM demi keselamatan.

























Ok, dah selesai. Jom balik!











No comments:

Post a Comment