Saturday 14 October 2017

SENAMROBIK SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH, MAJLIS PENYAMPAIAN CENDERAHATI DEEPAVALI DAN MAJLIS PERPISAHAN

13 OKTOBER 2017

Sekali lagi 3 aktiviti atau program bergabung dalam satu hari.....iaitu

Sambutan Hari Sukan Negara peringkat sekolah..
Majlis Penyampaian Cenderahati Deepavali...
Majlis Perpisahan Puan Norhayati Binti Mohamed dan En Muharam Bin Zainuddin..

Semua murid PPKI terlibat dengan aktiviti senamrobik sempena Hari Sukan Negara pada pukul 8.00 pagi di dataran perhimpuanan SMK Mambau.

Kemudian, pada pukul 8.45 pagi semua murid PPKI bergerak ke Pusat Kegiatan Guru (PKG) Mambau untuk persiapan majlis yang seterusnya.

Penyampaian cenderahati untuk murid-murid India PPKI yang akan menyambut perayaan Deepavali bermula pada pukul 10.30 pagi.

Seterusnya, majlis yang ketiga diteruskan iaitu Majlis Perpisahan Pn Norhayati dan En Muharam. Puan Norhayati dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan Pendidikan Khas di SMK Seremban 2. Manakala En Muharam dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan Pendidikan Khas di SMK Pedas, Rembau. Kehilangan kedua-dua orang guru ini amat dirasai oleh semua warga PPKI Mambau. Namun, segala nasihat yang ditinggalkan akan terpahat di hati kami.

Kami warga PPKI Mambau, mengucapkan selamat bertugas di tempat baru dan  mendoakan agar kedua-dua guru ini terus cemerlang di masa akan datang dan jangan lupakan kenangan bersama kami di sini.



SENAMROBIK 










MAJLIS PENYAMPAIAN CENDERAHATI DEEPAVALI










MAJLIS PERPISAHAN



















Pemberian cenderahati oleh Cikgu Muharam untuk semua guru dan PPM.













Terima kasih ye Cikgu Muharam atas cenderahati yang diberikan.....




JAMUAN....

Jom makan-makan plak......

Jamuan












Berakhirlah sudah majlis...Alhamdulillah semua berjalan lancar...dengan perasaan yang bercampur-baur...
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan...

Moga ukhuwah berkekalan selamanya...... 

No comments:

Post a Comment