Friday 18 January 2013

LDP 1 – Pendedahan Kejurulatihan Olahraga


Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) yang pertama buat guru-guru pendidikan khas dan pembantu pengurusan murid (PPM) adalah mengenai pendedahan tentang kejurulatihan olahraga. LDP yang pertama ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pusat Kegiatan Guru Mambau pada jam 3petang. Tujuan LPD ini dibuat adalah memastikan semua guru-guru dan pembantu pengurusan murid bersedia untuk mengusai bidang kejurulatihan dalam olahraga apabila bersama dengan pelajar-pelajar pendidikan khas.

 Pihak PPKI SMK Mambau telah menjemput penceramah, Pn. Norhasliza Bt Zahari daripada Panitia Pendidikan Jasmani & Kesihatan SMK Mambau. Penceramah telah menyampaikan ilmu-ilmu berkaitan pendidikan jasmani dan kesihatan serta cara-cara yang betul  menjalankan sesuatu aktiviti sukan dan olahraga. Terima kasih diucapkan kepada Pn. Norhasliza Bt Zahari kerana meluangkan masa menyampaikan ilmu berguna buat  guru-guru dan PPM PPKI SMK Mambau. TERIMA KASIH!!





No comments:

Post a Comment