Wednesday 2 January 2013

2012 Dalam Kenangan, Selamat Datang 2013...






Tahun 2012 telah melabuhkan tirainya...pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sepanjang tahun 2012 oleh Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Mambau dengan jayanya..segala usaha bersama yang telah dicurahkan oleh semua pihak telah memastikan setiap kejayaan aktiviti-aktiviti PPKI SMK Mambau.

Kini, tahun 2013 menjelma dengan penuh impian dan iltizam daripada semua warga PPKI SMK Mambau. Segala perancangan aktiviti bagi tahun 2013 telah disusun dengan rapi dan diharap dapat dilaksanakan dengan sempurna bersesuaian dengan matlamat serta objektif PPKI SMK Mambau.Semoga tahun 2013 membawa seribu pengharapan dan sejuta kebaikan untuk semua warga PPKI, warga SMK Mambau dan setiap insan.




No comments:

Post a Comment