24 JUN 2014 (SELASA)
Puasa merupakan Rukun Islam yang ketiga dan asas utama dalam membentuk keperibadian seorang muslim yang sejati. Ibadah puasa wajib ditunaikan oleh setiap muslim yang berkuasa. Dengan kesedaran betapa pentingnya puasa maka pihak PPKI SMKM telah memasukkan satu modul Ihya’ Ramadhan untuk pelajar-pelajar muslim di dalam aktiviti PPKI.
Secara khususnya, program ini dilaksanakan untuk memastikan setiap murid muslim PPKI SMKM dapat melafazkan niat puasa dan niat berbuka puasa dengan sempurna dari segi ilmu pengetahuan dan penghayatan rukun-rukun Islam. Di samping itu, melalui program ini juga diharapkan dapat membentuk akhlak yang mulia dan peribadi yang cemerlang di kalangan para peserta program.
Terima kasih diucapkan kepada penceramah jemputan kami iaitu Ustaz Bosri Bin Buyong diatas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat kepada warga PPKI SMK Mambau.
Puasa merupakan Rukun Islam yang ketiga dan asas utama dalam membentuk keperibadian seorang muslim yang sejati. Ibadah puasa wajib ditunaikan oleh setiap muslim yang berkuasa. Dengan kesedaran betapa pentingnya puasa maka pihak PPKI SMKM telah memasukkan satu modul Ihya’ Ramadhan untuk pelajar-pelajar muslim di dalam aktiviti PPKI.
Secara khususnya, program ini dilaksanakan untuk memastikan setiap murid muslim PPKI SMKM dapat melafazkan niat puasa dan niat berbuka puasa dengan sempurna dari segi ilmu pengetahuan dan penghayatan rukun-rukun Islam. Di samping itu, melalui program ini juga diharapkan dapat membentuk akhlak yang mulia dan peribadi yang cemerlang di kalangan para peserta program.
No comments:
Post a Comment