Tuesday 31 May 2016

PROGRAM IHYA' RAMADHAN 2016 DAN PROGRAM KEROHANIAN 2016


27 MEI 2016

Program Ihya Ramadhan dan Program Kerohanian 2016 telah diadakan pada 27 Mei 2016 (Jumaat) yang lalu. Program ini diadakan bersempana dengan kedatangan bulan Ramadhan tidak lama lagi bagi murid beragama Islam. Bagi murid bukan beragama Islam satu program kerohanian turut dilaksanakan.

Sudah menjadi kebiasaan bagi warga PPKI SMKM mengadakan program Ihya' Ramadhan setiap tahun bagi memberi peringatan dan pengukuhan yang lebih lagi bagi murid-murid PPKI dalam menjalani ibadah puasa. Program ini melibatkan seramai 23 orang murid PPKI beragama Islam dan 7 orang murid Islam dari kelas Tingkatan 1 arus perdana. 

Pada tahun ini, bagi Program Ihya' Ramadhan, ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Anis bin Mohd Ismail (Imam Masjid Jamek, Rantau Negeri Sembilan). Perkongsian yang disampaikan dapat membantu murid-murid PPKI SMKM menjalani ibadah puasa dengan jayanya. 

Bagi program Kerohanian pula, seramai 22 orang murid PPKI bukan beragama Islam terlibat dalam program ini. Puan Kogilavaani A/P Sadasivam (Kaunselor SMK Mambau) merupakan penceramah jemputan bagi program kerohanian. Pengisian dalam program ini membantu murid meningkatkan keyakinan diri dan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka.

Kedua-dua program ini dijalankan di Pusat Kegiatan Guru (PKG) SMK Mambau. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Pengetua Cemerlang SMK Mambau, Tuan Haji Nor Hashim bin Othman. Diucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga PPKI SMKM yang terlibat dalam menjayakan program ini.

 'SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM'


PROGRAM IHYA' RAMADHAN

  





PROGRAM KEROHANIAN







MAJLIS PENUTUP







No comments:

Post a Comment