Wednesday 25 May 2016

LDP TEAMBUILDING PPKI SMK MAMBAU 2016

21-22 Mei 2016

Buat julung kalinya PPKI SMK Mambau telah mengadakan Program LDP Teambuilding bagi semua guru-guru PPKI dan Pembantu Pengurusan Murid. Program ini juga telah disertai oleh Pembantu Makmal SMK Mambau. Program ini telah diadakan di Primaland Convention Centre, Port Dickson dan telah berlangsung selama 2 hari 1 malam.

Objektif program ini ialah meningkatkan kemampuan peserta untuk bekerja dalam kumpulan serta meningkatkan motivasi dan keyakinan diri peserta akan kemampuan diri. Selain itu meningkatkan kebersamaan dan rasa saling percaya antara satu sama lain.

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan ialah Transformasi Keterampilan dan Pengucapan Awam. Ketua Unit Pendidikan Khas JPNS, Pn. Jamilah Binti Kadir telah meluangkan masa untuk berkongsi pengalamannya mengenai transformasi keterampilan. Pihak PPKI SMK Mambau juga telah menjemput jurusolek profesional untuk menyampaikan ilmu menata rias wajah bagi memenuhi slot ini. Bagi slot Pengucapan Awam PPKI SMK Mambau dengan berbesar hati telah menjemput En. Azmir Bin Majid, penyelia Pendidikan Khas PPD Seremban untuk berkongsi ilmu mengenai cara yang berkesan di dalam pengucapan awam. Banyak ilmu yang bermanfaat yang telah diberikan oleh penceramah-penceramah jemputan.

Majlis Penutup LDP Teambuilding PPKI SMK Mambau telah dirasmikan oleh Pengetua Cemerlang, Tuan Hj Nor Hashim Bin Othman..Tuan PC telah menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta. Program ini telah berjalan dengan lancar dan objektif program telah tercapai. Semoga ilmu yang telah dikongsi oleh penceramah-penceramah jemputan dapat digunakan oleh para peserta di masa hadapan.














No comments:

Post a Comment