Sunday, 8 September 2019

PROGRAM SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN PPKI SMK MAMBAU 2019

Seperti yang telah di war-warkan di entry sebelum ini, sambutan bulan kebangsaan di PPKI SMK Mambau dihiasi dengan pelbagai program yang menarik.

Program yang bercorakkan kemerdekaan ini bertujuan untuk memberi info  kepada pelajar PPKI supaya  menghayati erti kemerdekaan yang sebenar.

Hari Merdeka bukan sekadar mengibarkan jalur gemilang sahaja tetapi yang paling utama ialah  mengamalkan sikap saling hormati menghormati dan bersatu padu tanpa mengira bangsa.

Daripada nilai-nilai murni inilah akan dapat mewujudkan masyarakat yang cintakan negara dan bersih dari sebarang unsur perkauman bertepatan dengan tema hari kebangsaan tahun ini iaitu Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih.




SELASA, 20 OGOS 2019
7.30 pagi - 8.30 pagi
LARIAN JALUR GEMILANG

Larian Jalur Gemilang ini merupakan program pertama PPKI SMK Mambau untuk sambutan bulan kemerdekaan 2019. 

Program ini bertujuan untuk menyemarakkan lagi kemeriahan bulan kemerdekaan serta menggalakkan pelajar untuk mengibarkan jalur gemilang dan menghormatinya.

Larian diketuai oleh Biraj yang memegang bendera paling besar diiringi oleh semua pelajar yang masing-masing turut memegang jalur gemilang bersaiz kecil di tangan mereka.























SELASA, 20 OGOS 2019
8.30 pagi - 9.30 pagi
AKTIVITI MEWARNA LOGO MERDEKA

Selesai larian Jalur Gemilang pelajar balik ke kelas untuk aktiviti seterusnya iaitu mewarna logo merdeka.

Perlu diingatkan kepada mereka bahawa logo tidak boleh diwarna sebarangan, ini kerana setiap warna pada logo ada membawa maksudnya yang tersendiri. 










SELASA, 20 OGOS 2019
10.30 pagi - 12.30 t/hari
AKTIVITI MENGHIAS KELAS

Aktiviti diteruskan dengan menghias kelas menggunakan jalur gemilang. Sekali lagi pelajar, guru dan ppm bergabung idea untuk mendeko kelas agar nampak meriah dan ceria. Logo yang telah siap diwarna tadi turut dipamerkan untuk melengkapkan lagi hiasan.












RABU, 21 OGOS 2019
10.00 pagi - 12.30 t/hari
PERTANDINGAN MASAKAN BERTEMA 'UBI KAYU REBUS'

Tidak lengkap rasanya program kali ini kalau tak ada aktiviti masak-masak dan makan-makan,  jadi hari ini telah diadakan pertandingan masakan bertemakan ubi kayu rebus. 

Selain ia merupakan salah satu makanan tradisional, pelajar didedahkan tentang apakah hubungkait ubi kayu dengan zaman sebelum merdeka. Tak kurang juga ada segelintir pelajar yang tidak kenal rupa ubi kayu, tak tahu apa kegunaannya dan bagaimana cara untuk membersihkan ubi kayu sebelum dimasak.


Pelajar dibahagikan kepada empat kumpulan. Setiap kumpulan dibimbing oleh guru dan ppm. Masakan cuma ubi rebus sahaja tetapi setiap kumpulan bebas untuk menyediakan apa 'combo' yang sesuai dimakan dengan ubi rebus tadi. Sebagai contoh cicah dengan sambal tumis atau kelapa. Terpulang kepada kreativiti kumpulan tersebut. 

Sedikit taklimat oleh puan penyelaras iaitu cikgu Malini tentang pertandingan ini. Kusyuk semuanya mendengar, khuatir terlepas pandang info yang penting.


Kemudian setiap kumpulan diberi sebanyak satu kilogram ubi kayu.

Heipppp jangan berebut !!!😀👀
Proses membersihkan ubi kayu sebelum dibuang kulit dan dipotong mengikut kesesuaian.


Bersihkan semua tanah, pasir atau apa sahaja kotoran  yang melekat pada kulit ubi kayu tersebut.

Ehhh ingatkan pelajar mana lah tadi 😊




Proses untuk membuang kulit ubi kayu.

Proses memotong ubi kayu.


Kumpulan 1 
Cikgu Margie, Cikgu Nuraisyah, Izwan, Ashwad, Hakim, Syafiqah, Hafiz dan Shamsinar.
Ubi kayu rebus Malayan Union di makan bersama dengan sambal tumis, kari ayam, kelapa dan gula. Tidak dilupa air nescafe panas.

















Kumpulan 2
Cikgu Che Haslina, Kak Wa, Kak Ekin, Rumitthira, Farhana, Fairuz, Jia Jun, Haziq, Hazimin.
Ubi kayu rebus Malaysiaku Bersih dihidangkan bersama sambal tumis, sambal kicap pedas berapi, gula dan kelapa. Tidak lengkap hidangan tanpa kopi 0 434 panas.


















Kumpulan 3  
Cikgu Malini, Kak Kam, Faez Aiman, Fatin, Hema,Ken Fung, Mujaheet, Jethro, Seow Yuen Loong
Ubi Kayu  Rebus Zaman Komunis digabungkan dengan sambal tumis, sambal gesek dan ikan masin. Mana boleh tinggal air kopi o hang tuah panas pekat likat.








Kumpulan 4
Cikgu Azean, Kak Fara, Hafiz, Rahmat, Fei Yip, Syafiq, Siow Wei
Ubi Kayu Rebus Malaysiaku dicicah dengan sambal sardin dan digandingkan dengan nescafe panas.









Juri profesional yang berpengalaman pada hari ini ialah cikgu Roslan dan cikgu Azlina. Setiap aspek dititikberatkan, bukan sahaja rasa malah tekstur. 
Kualiti sajian bukan sekadar sedap, tapi persembahan dan penggayaan hidangan atau 'food styling and presentation' memainkan peranan penting untuk memikat selera dan mata para juri.

Memang pening juri nak pilih pemenang, persaingan amat sengit dan semua kumpulan sama hebat.

Siapa pemenang dan bakal bergelar Master Chef Ubi Kayu Rebus, keputusan akan diketahui pada hari penutup sambutan bulan kebangsaan PPKI nanti, ahli-ahli kumpulan sila bersabar ya.









Apapun tiada ungkapan yang lebih baik selain SYABAS dan TAHNIAH di atas segala usaha, komitmen dan kesefahaman dalam kerja berkumpulan dalam menjayakan pertandingan ini .

U all memang best la !!!



KHAMIS, 22 OGOS 2019
10.00 pagi - 1.00 t/hari
TAYANGAN FILEM : PASKAL

Jika semalam ada program outdoor agak memenatkan, almaklumlah bukan senang nak memasak ubi kayu tu ( susah sangat ke?? hahaha) jadi hari ni kita chill-chill  pergi 'panggung' tengok filem Paskal.

Filem box-office tahun 2018 berkisarkan kisah benar Pasukan Khas Laut (Paskal) sebuah pasukan elit dari Tentera Laut Diraja Malaysia yang bermati-matian untuk merampas kembali MV Bunga Laurel iaitu kapal tangki kimia Malaysia dari tawanan lanun Somalia di Teluk Aden pada tahun 2011.

Diharapkan tontonan ini dapat memberi kesedaran kepada pelajar tentang pengorbanan besar yang dilakukan oleh anggota tentera untuk mempertahankan negara dari serangan musuh.












JUMAAT , 23 OGOS 2019
9.30pagi - 10.30pagi
PERTANDINGAN KUIZ KEMERDEKAAN

Hari ni aktiviti agak santai, tapi tetap menarik. Kuiz Kemerdekaan kendalian cikgu Malini ini memberi  soalan-soalan berkisar tentang kemerdekaan dan kenegaraan. 

Melalui soal jawab ini lah pelajar dapat mengingat fakta sejarah tanahair  dengan lebih mudah. Hadiah diberikan kepada mereka yang berjaya menjawab soalan dengan pantas dan tepat. 











JUMAAT , 23 OGOS 2019
10.30pagi - 12.00 tengahari
AKTIVITI TEKA SILANG KATA

Pertandingan teka silang kata versi hari kemerdekaan telah dikendalikan oleh cikgu Shahina Ashikeen di dewan PPKI.  

Aktiviti ni nampak jer macam serius ala-ala nak menjawab SPM , tapi menyeronokkan. Siapa yang banyak dapat jawapan betul pasti ada hadiah yang menanti.





ISNIN , 26 OGOS 2019
10.30pagi - 12.00 tengahari
UJIAN AMALI KH MASAKAN

Walaupun aktiviti bulan kemerdekaan masih berlansung,  pdpc tetap berjalan seperti biasa. Hari ini pelajar KH Masakan menjalani ujian amali, para pelajar dikehendaki untuk membuat sandwich telur. 

Masing-masing berusaha untuk menghasilkan yang terbaik untuk memperolehi markah yang tinggi. Syabas untuk guru-guru KH masakan iaitu Cikgu Che Haslina, Cikgu Shahina dan Cikgu Nuraisyah.


Jom saksikan hasil nya...

Cikgu Nuraisyah sedang berkongsi 'secret recipe'👌


ni konsep ' less is more' simple senang nak makan ye Farhana 😆

kreatif💜

Mana hiasan...tak cukup bahan barangkali 😖

Makan sayur dan buah dulu sebelum makan yang lain kan Hazimin😊

Banyak salad tu, bagus suka makan sayur 😋

Wahh meriah 😅









RABU , 28 OGOS 2019
7.30pagi - 9.30pagi
AKTIVITI PERMAINAN KABBADI

Apa itu Kabaddi ?? 
Mengikut sumber daripada wikipedia, ensiklopedia bebas, pengertian nya adalah seperti artikel di bawah.

Kabaddi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigationJump to search

Kabaddi
  • Kabaddi merupakan sebuah sukan tradisional dari Asia Selatan. Nama ini berasal daripada perkataan Tamil (கை-பிடி) "kai" (tangan) dan "pidi" (tangkap) yang bermaksud "Memegang Tangan".[1] Dua pasukan menduduki bahagian yang bertentangan dengan kolam renang yang kecil atau padang. Masing-masing mengambil tempat dengan menghantar "penyerang" ke dalam bahagian pihak lawan untuk mendapatkan mata dengan menarik pasukan lawan. Kemudian, penyerang cuba untuk kembali ke bahagian pasukannya sendiri, menahan nafas dan melaungkan perkataan "Kabaddi" semasa serbuan. Penyerang tidak boleh melintasi lobi melainkan dia menyentuh pihak lawan. Jika dia tetap berbuat demikian, dia akan dianggap sebagai "terkeluar". Terdapat juga garisan bonus yang memastikan mata tambahan dapat dipungut oleh penyerang jika dia berjaya untuk menyentuhnya dan kembali semula ke tempat asal pasukannya.


Keadaan padang yang becak tidak sesekali mematahkan semangat untuk mencuba permainan 'baru' ini. Nampak macam senang, tapi bukan mudah nak lepas halangan. Nak fokus pada halangan mulut lupa nak sebut perkataan 'Kabaddi' . First time main memang lah macam tu.







Permainan yang nampak hambar pada mulanya bertukar rancak bila semua dah 'panas' dengan aktiviti ini. Ewahhh, cepat betul korang terhibur kan...


















Guru-guru dan ppm juga turut mengambil bahagian, masing-masing berkobar nak mencuba permainan yang licik dan kena ada taktik bijak ni.












Semangat berpasukan memang kena padu, bukan senang nak bolos dari tangan-tangan pihak lawan.




Memang masa dua jam yang diperuntukkan tak cukup, kena ada siaran ulangan lah nampaknya.


KHAMIS , 29 OGOS 2019
7.30pagi - 9.30pagi
KH Car Wash

Car wash berjalan seperti biasa, cuma hari ni mereka dikunjungi oleh Pengetua En Mohd Nazzri dan GPK Pentadbiran En Khairulhadi .

Terima kasih diucapkan diatas kesudian meninjau aktiviti yang dijalankan di PPKI.








KHAMIS , 29 OGOS 2019
10.00pagi - 1.00 tengahari
PERTANDINGAN LAKON SEMULA

Hari ni kita 'ACTION '!!!, Apa lagi jadi pelakon la...

Setiap kumpulan perlu melakonkan semula babak dalam filem Sarjan Hasan. Filem mengisahkan peperangan di Tanah Melayu lakonan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang popular sekitar tahun 1958. 

Masa yang diperuntukkan bagi ialah selama 5minit manakala prop serta set yang digunakan mestilah barang-barang yang ada di PPKI sahaja. 

Kesungguhan pelajar-pelajar ini termasuk pelajar yang low function untuk membawa karektor Buang, Salmah, Tentera Jepun, Ah Leng dan Mak Timah harus diberi pujian.Masing-masing dapat menghayati watak dan memberikan persembahan yang meyakinkan, bersahaja dan bertenaga. 







Selain dapat mencungkil bakat mereka yang selama ini tidak kita sedari, aktiviti ini juga dapat mengikis perasaan takut dan meningkatkan keyakinan diri terutamanya bila berhadapan dengan orang ramai. Dari intonasi suara serta gerak geri yang tidak kekok di atas pentas ternyata ramai di kalangan mereka berpotensi besar dalam seni lakonan.










Syabas kepada semua guru-guru dan ppm yang bertungkus lumus menjadi  ' tuan direktor ' dalam pementasan ini. 
Siapa lah agaknya yang  akan membawa pulang trofi Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik, ehhh ini bukan Anugerah Skrin daaa...

Pemenang untuk pertandingan ini akan diumumkan semasa majlis penutupan bulan kemerdekaan 2019 pada pertengahan September nanti.

Program sambutan bulan kemerdekaan untuk bulan Ogos 2019  'CUT' sampai di sini dahulu. 
Lebih banyak program hebat PPKI SMK Mambau bulan September bakal menyusul...sama-sama kita nantikan.






No comments:

Post a Comment