Saturday 14 September 2019

PROGRAM SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PPKI 2019 PART 2 (SEPTEMBER)


Aktiviti bulan kemerdekaan diteruskan lagi di bulan September ini. Terdapat 3 lagi aktiviti bulan kemerdekaan pada bulan ini iaitu explorace, trashbusters dan majlis penyampaian hadiah bulan kemerdekaan (majlis penutup).


5 September 2019 / Khamis
Aktiviti ; Explorace

Dalam aktiviti ini, murid dibahagikan kepada 4 kumpulan. Terdapat 4 stesen permainan tradisional disediakan untuk setiap kumpulan.
(a) Stesen 1 : Permainan teng-teng (Cikgu Nuraisyah dan Cikgu Azlina)
(b) Stesen 2 : Permainan batu seremban (Cikgu Haslina dan Puan Khamisah)
(c) Stesen 3 : Permainan tuju guli (Cikgu Azean dan Puan Farawahida)
(d) Stesen 4 : Permainan konda-kondi (Cikgu Margaret Mary dan Puan Azua)

Setiap kumpulan perlu menyelesaikan semua permainan di setiap stesen dan mata akan diberi oleh guru yang menjaga setiap stesen. Kumpulan yang berjaya mengumpul mata tertinggi akan di kira sebagai pemenang.

Taklimat disampaikan oleh Cikgu Malini sebelum aktiviti bermula.





Demonstrasi permainan teng-teng oleh Cikgu Aisyah

Peraturan permainan teng-teng diterangkan oleh Cikgu Azlina



Permainan batu seremban. Nampak tak aksi teruja Kak Kham di situ..hihi




Permainan tuju guli.


Permainan konda kondi






Cikgu Margaret Ann turut beraksi.







Percubaan kali ke empat oleh Cikgu Malini baru membuahkan hasil nampaknya.


1..2..3...peaceeeeee....



11 September 2019 / Rabu
Aktiviti ; Trashbusters

Trashbusters merupakan aktiviti terakhir bulan kemerdekaan PPKI SMK Mambau. Antara guru yang terlibat dalam projek ini ialah Cikgu Margaret Ann, Cikgu Margaret Mary dan Cikgu Nanthamalar serta dibantu oleh Puan Farawahida.

Aktiviti ini sebenarnya untuk memberi pendedahan kepada semua warga SMK Mambau tentang projek 'EcoBrick' PPKI SMK Mambau. Matlamat utama projek ini ialah untuk menyemai kesedaran amalan kitar semula terhadap pelajar dalam melestarikan alam sekitar. 

Eco Brick dihasilkan dengan cara memampatkan plastik (plastik bungkusan) dalam botol plastik (botol minuman) dan digunakan sebagai bahan asas produk kitar semula. Eco Brick yang terhasil ini akan digabungkan untuk menghasilkan suatu produk baharu seperti kerusi, meja, papan tanda nama sesebuah tempat dan sebagainya. Hal ini secara tidak langsung mendorong kreativiti pelajar untuk menghasilkan sesuatu produk daripada bahan buangan yang sukar dilupuskan ini.





LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT ECOBRICK

1. Kumpulkan bungkusan plastik. Bersih dan keringkan di rumah.
2. Kumpulkan botol plastik bertutup (contohnya 500ml) yang bersih dan kering.
3.Masukkan bungkusan-bungkusan plastik tadi ke dalam botol plastik dengan 
   menggunakan kayu yang sesuai.
4. Pastikan bungkusan-bungkusan tersebut dimampatkan betul-betul.
5. Tutup semula botol plastik yang cukup mampat dengan plastik. Ecobrick anda sudah 
    siap!


Senang bukan? Penghasilkan ecobrick ini dapat membantu dalam mengurangkan sisa plastik yang banyak sehingga menjejaskan alam sekitar. Plastik mengambil masa selama 450 tahun untuk dilupuskan. Banyak haiwan yang mati kerana termakan sampah plastik yang dibuang.

Cikgu Margaret Ann menerangkan langkah-langkah untuk membuat ecobrick dan murid-murid PPKI membuat demonstrasi menghasilkan ecobrick tersebut.






Salah satu produk (bangku kecil) yang dihasilkan oleh murid PPKI menggunakan ecobrick dengan bimbingan Cikgu Margaret Mary



Cikgu Hajah Noralisa (PK KOKO) dan Cikgu Rasyidah (Ketua bidang kemanusiaan) turut cuba membuat ecobrick.


Penyerahan flyers ecobrick oleh Cikgu hajah Noralisa kepada Cikgu Rahmah selaku ketua guru penasihat Kelab Alam Sekitar untuk diedarkan kepada semua kelas.


Semoga usaha murni ini mendapat sokongan daripada semua warga SMK Mambau. Selari dengan tema kemerdekaan kita pada tahun ini.. " Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih".




Pada masa yang sama juga, majlis penyampaian hadiah bulan kemerdekaan turut berlangsung...

Pemenang pertandingan masakan tema "ubi kayu rebus"

Johan : Ubi Rebus Malayan Union

Naib johan : Ubi Kayu Malaysiaku Bersih

Ketiga : Ubi Rebus Zaman Komunis


Pemenang pertandingan explorace

Johan : Kumpulan B



Naib Johan : Kumpulan D

Ketiga : Kumpulan A


Pemenang pertandingan lakon semula


Johan

Naib Johan

Ketiga

Muhamah Hafiz Bin Zairul pemenang pelakon terbaik.

Nor Syafiqah Ekma pemenang pelakon terbaik.

Colin Jayashan pemenang pelakon terbaik.


Pertandingan teka silang kata merdeka

Muhammad Hafiz Bin Mohd Zaini


Pertandingan mencari perkataan tersembunyi merdeka


Johan : Seow Yuen Loong

Naib johan :Navanithan A/L Wilson

Ketiga : Mohamad Hazimin Bin Daud

Tahniah kepada semua pemenang.......

Tahniah juga kepada Cikgu Malini selaku penyelaras program bulan kemerdekaan ini dan syabas 
kepada semua guru dan pembantu pengurusan murid (PPM) dengan segala komitmen yang ditunjukkan dalam menjayakan semua aktiviti yang dirancang.

No comments:

Post a Comment