Saturday 7 September 2019

PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT SEKOLAH SMK MAMBAU 2019

Bulan Ogos datang lagi, seperti mana yang kita sedia maklum, bulan Ogos merupakan bulan kemerdekaan untuk negara kita kerana  Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos pada setiap tahun. 

Pada 9 Ogos 2019 bertempat di dataran perhimpunan, telah diadakan program pelancaran Bulan Kebangsaan Peringkat Sekolah SMK Mambau  2019. Para pelajar PPKI tidak terkecuali, masing-masing mengibarkan bendera dan beberapa orang pelajar memakai pakaian yang bertemakan bendera Malaysia.

Tahun ini  Malaysia meraikan Hari Kemerdekaan yang ke 62 yang  bertemakan Sayangi Malaysiaku : Malaysia Bersih.

Simbolik logo Hari Kebangsaan ini menunjukkan gerakan riang mengangkat tangan dengan satu bentuk hati di hadapan membawa  maksud Malaysia terdiri dari berbilang bangsa hidup dalam bersatu padu dan cintakan negara. 

Dengan perpaduan dan kecintaan  inilah yang dapat  meningkatkan nilai integriti serta jati diri rakyat Malaysia yang bersih justeru dapat memakmur dan mensejahterakan negara.




Program telah disempurnakan oleh Pengetua SMK Mambau, Encik Mohd Nazzri bin Mohd Desa.
Acara dimulai dengan  perarakan bendera diikuti dengan ucapan sempena Hari Kemerdekaan serta nyanyian lagu-lagu patriotik. 

Pengetua diiringi oleh GPK Koko dan  GPK Pentadbiran

Para guru dan staf turut memakai pakaian yang bertemakan warna pada jalur gemilang, memang nampak gah bila warna merah, biru, kuning dan putih bergabung. Sangat bersemangat dan bertenaga serta menambahkan  kemeriahan program ini. 

Kerusi pun mengikut warna tema πŸ˜†

Program ini tidak terhenti di sini sahaja kerana PPKI SMK Mambau telah merangka pelbagai aktiviti menarik yang berkaitan di sepanjang bulan kemerdekaan ini berlansung.

Ini kerana kami merasakan generasi muda harus diterapkan dengan nilai-nilai murni agar mereka benar-benar menghayati erti kemerdekaan dan menghargai pengorbanan nenek moyang yang bermati-matian menentang penjajah.

Ada banyak program-program menarik telah dirangka, untuk tulisan pada kali ini diakhiri dengan laungan  MERDEKA !!  MERDEKA !!  MERDEKA !!



Kakak PPM pun berpakaian sedondon hari ni 😊

GPK HEM pun join sekali πŸ˜‰


Cikgu Shahina paling menyerlah dengan busana songket kuning diraja πŸ‘



GPK PPKI dan Ketua Bidang memeriahkan group photo ini 😏









No comments:

Post a Comment