Thursday 27 April 2017

PROGRAM GILAPAN JUARA PPKI SMK MAMBAU


Debaran semakin terasa...

Hari kejohanan semakin hampir...latihan tetap diteruskan. Tahniah diucapkan kepada En Muharam dan Puan Nanthamalar yang terus bersemangat melatih atlit-atlit PPKI SMK Mambau ini. Antara murid yang terpilih untuk mewakili PPKI SMK Mambau dalam kejohanan balapan dan padang peringkat daerah ini ialah:

- Seri Rahayu Nor Aisyah Binti Evendi (kategori junior acara 100m, 200m dan lompat jauh)
- Muhammad Hafiz Bin Muslim (kategori junior acara 100m, 200m dan lompat jauh)
- Muhammad Daniel Haiqal Bin Hamdan (kategori senior acara 100m, 200m dan lompat jauh)
- Muhammad kamal Haris Bin Hamdan ( kategori senior acara 100m, 200m dan lompat jauh)

Latihan kejohanan ini diadakan setiap hari (Isnin hingga Jumaat ) di padang sekolah bermula jam 8.00 pagi - 9.00 pagi. Pada masa yang sama, latihan turut diadakan di Komplek Belia dan Sukan, Paroi pada setiap hari Rabu jam 2.00 petang - 4.00 petang dan Khamis jam 10.30 pagi - 12.30 tengah hari.

Atlit-atlit ini turut diberi makan telur separuh masak, air milo, pisang dan air glukos pada setiap pagi untuk memberi tenaga kepada mereka bagi menjalani latihan.

Diharapkan anak-anak ini beroleh kejayaan dalam Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas Peringkat Daerah Seremban yang akan berlangsung pada 3hb - 4hb Mei 2017 nanti...


























                           



                                      Tayangan video aksi atlit semasa Sukan Paralimpik....









Tahniah atas kegigihan mu..... anak-anak PPKI SMK Mambau hebat...

No comments:

Post a Comment