Friday, 7 April 2017

BENGKEL MEMPROSES IKAN KELI

 6 APRIL 2017

En Muharam Bin Zainuddin selaku ketua projek ikan keli telah mengadakan bengkel memproses ikan keli kepada semua warga PPKI SMK Mambau pada hari ini.

Bengkel ini bermula selepas rehat iaitu pada pukul 11.00 pagi. Penerangan tentang cara-cara menangkap dan memegang ikan keli dengan cara yang betul serta memproses ikan keli disampaikan secara teori di bilik PPKI SMK Mambau dan kemudian secara praktikal di taman PPKI. Semua murid berpeluang memegang ikan keli yang masih hidup.

Murid-murid sangat seronok dan teruja dengan aktiviti ini. Mungkin ini adalah pengalaman pertama dalam hidup mereka. 

Sebanyak 10kg ikan keli akan diproses dan dijual kepada guru-guru dan ibu bapa yang telah membuat tempahan.






Penerangan tentang cara memproses ikan keli.


Air tangki yang mengandungi ikan keli dikeringkan.

Proses menangkap ikan keli










Ikan keli ditimbang mengikut tempahan pelanggan.

Garam dimasukkan ke dalam baldi untuk dicampurkan pada ikan keli.

Ikan keli dicampur dengan garam untuk melemahkannya. 

Bahagian hujung kepala dan sirip berduri (sengat) dipotong.

Perut ikan keli dibelah

Isi perut ikan keli dikeluarkan.

Ikan keli dibersihkan.

Pembungkusan ikan keli yang telah siap dibersihkan.


Sedia untuk dihantar kepada pelanggan.

No comments:

Post a Comment