Pada 7 Mac 2017 bersamaan hari Selasa yang lalu, Mesyuarat PIBG Sekolah-sekolah Dun Rantau telah diadakan di SMK Mambau. SMK Mambau telah dipilih menjadi tuan rumah bagi mesyuarat ini untuk kali yang kedua, dan dirasmikan oleh Y.A.B Dato' Seri Utama Haji Mohammad Bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan. Dengan rase berbesar hati dan bangga dua murid PPKI SMK Mambau telah dipilih untuk memberi cenderahati kepada Yang Berbahagia Dato' dan Isteri. Pemilihan dua murid ini adalah berdasarkan pertandingan di peringkat sekolah. Dua murid tersebut adalah Rumitthira a/p Veeramany dan Vickneswara Roa a/l Radhakrishnan. Tahniah diucapkan kepada kedua-dua murid PPKI berkenaan.
No comments:
Post a Comment