Friday 19 August 2022

PROGRAM SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN - PART 2

 PERARAKAN JALUR GEMILANG

9 Ogos 2022 , Selasa..

Perarakan di sekitar kawasan sekolah dengan membawa Jalur Gemilang sambil menyanyi lagu-lagu patriotik.

Bertujuan untuk memupuk semangat patriotisme dalam diri setiap pelajar dan memeriahkan lagi bulan  kemerdekaan ini.

Seronok masing-masing menyanyi sambil jalan-jalan ye...




Lagu sentiasa mekar dijiwa.

Bendera dan lirik lagu diedarkan kepada setiap murid







Bersahabat tanpa mengira bangsa dan agama.



Brittany dan Lahveeniya















PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU PATRIOTIK

19 Ogos 2022, Jumaat

Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan di mana setiap kumpulan  dibimbing dan dilatih oleh dua orang guru juga turut dibantu oleh kakak-kakak PPM yang sporting.

Kumpulan 1 dibimbing oleh : Cikgu Malini & Cikgu Margaret Ann
Kumpulan 2 dibimbing oleh : Cikgu Nuraisyah dan Cikgu Sanmugam
Kumpulan 3 dibimbing oleh : Cikgu Nanthamalar dan Puan Farawahida

Sesi taklimat oleh Cikgu Azean sebelum pertandingan bermula


Pembahagian murid mengikut kumpulan.

Cabutan undi oleh ketua setiap kumpulan untuk pilihan lagu patriotik yang dinyanyikan nanti

Kumpulan Cikgu Nuraisyah dan Cikgu Sanmugam


Redha je Syamim tadah muka kat Cikgu Aisyah ye...hehe



Alamak...ni muka bengang ke muka redha ni?









Tak kurang hebatnya kumpulan Cikgu Malini dan Cikgu Margaret, siap ada aksesori lagi kat kepala.



Kumpulan Cikgu Nanthamalar dan Puan Farawahida















Ni dia...persembahan terakhir nyanyian lagu patriotik daripada guru-guru dan kakak-kakak PPM PPKI SMK Mambau yang sporting....untuk murid-murid tersayang....



Video sepanjang program pertandingan nyanyian lagu patriotik yang telah diedit oleh Puan Khamisah. Terima kasih Puan Khamisah @  Kak Kam....

No comments:

Post a Comment