Thursday 4 August 2022

KEJOHANAN OLAHRAGA PENDIDIKAN KHAS DAERAH SEREMBAN 2022

 Kejohanan telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 1 - 2 Ogos 2022 bertempat di SMK Panchor.

PPKI SMK Mambau telah menghantar 9 orang atlit untuk bertanding acara masing-masing dalam kejohanan peringkat daerah Seremban ini. Mereka adalah :

1. Norizwan

2. Lee Jia Jun

3. Hema Loshinii

4. Nur Nas'aliya Zahra

5. Fatin Alyaa

6. Hafiz 

7. Jaya Prakash

8. Hazim Aiman

9. Fairuz Ashwad


Lebih membanggakan atlit PPKI SMK Mambau telah berjaya membawa pulang 8 pingat iaitu 4 emas, 2 perak dan 2 gangsa.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua atlit yang terlibat. Semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan sepanjang latihan dan semasa kejohanan memang terbaik!.Tahniah sekali lagi kepada yang menang pingat. Bagi yang kurang bernasib baik, jangan putus asa, kita cuba lagi tahun depan ye. Moga ada rezeki nanti.

Tahniah juga buat barisan guru pembimbing (Cikgu Jai  (PK Pend Khas), Cikgu Nanthamalar, Cikgu Azean dan Cikgu Sanmugam) serta kakak-kakak PPM ( Puan Farawahida dan Puan Khamisah) yang banyak berhabis masa dan tenaga membantu dari segi tunjuk ajar, latihan, pembelian dan penyediaan kelengkapan, menjaga kebajikan atlit sepanjang kejohanan dan sebagainya. 

Jasamu dikenang.



PINGAT EMAS

1. Jaya Prakash - Acara 400m kategori BP B15 (L)

2. Hema Loshinii - Acara 200m dan Acara lempar cakera kategori BP B19 (P)

3. Nur Nas'aliya Zahra - Acara lempar cakera kategori BP B15 (P)


PINGAT PERAK

1. Jaya Prakash - Acara 800m dan acara 1500m kategori BP B15 (L)


PINGAT GANGSA

1. Lee Jia Jun - Acara 400m kategori BP B19 (L)

2. Nur Nas'aliya Zahra - Acara lontar peluru BP B15 (P)



Persediaan sebelum acara bermula


Aktiviti memanaskan badan ..warm up

Lee Jia Jun





Jaya Prakash


Hazim Aiman


Tahniah Jaya

Berbaju kuning, Fairuz Ashwad

Fatin Alyaa

Norizwan

Hafiz


Berbaju kuning, Hema Loshinii


Terima kasih Cikgu Sanmugam

Ready untuk acara lontar peluru






Berbaju merah (tengah) ialah Nur Nas'aliya Zahra

Zahra




Tahniah Jaya (berbaju oren)

Tahniah Zahra (pingat gangsa) lontar peluru

Tahniah Lee Jia Jun (pingat gangsa) acara 400m




Hafiz (lempar cakera)


Izwan acara lempar cakera

Zahra (tengah) bersama Cikgu Sanmugam dan Puan Khamisah


Fatin dalam acara lempar cakera



Tahniah ! Hema


Tahniah Jaya dapat pingat emas

Tahniah Zahra dapat pingat emas acara lempar cakera


Tahniah Hema dapat pingat emas

Team olahraga PPKI SMK Mambau 2022


Ucapan tahniah dan kata-kata semangat daripada barisan guru pembimbing.


HEBAT!

TERBAIK!!






TAHNIAH...TAHNIAH...TAHNIAH...

No comments:

Post a Comment