Tuesday, 1 October 2019

DAY 3 : PROGRAM PdPc LUAR BILIK DARJAH (BEAUTIFUL TERENGGANU) 2019


Hari ketiga 'percutian' diteruskan dengan aktiviti yang tak kurang hebatnya. Pagi ni setelah selesai bersarapan di homestay kami terus ke Nozi Batik . Kita buat batik hari ni .
Perjalanan dari homestay memakan masa kira-kira setengah jam, tersilap jalan pula, kalau tak dalam 15minit mungkin kita dah tiba di lokasi.

Setibanya di Nozi Batik, kami disambut oleh Encik Roslan bin Abdul Rahman. Beliau merupakan antara staf yang telah lama bekerja di sini, dalam ertikata lain pekerja mahir dalam pembuatan batik.

Tanpa membuang masa, kami ditunjukkan dengan langkah pertama untuk menghasilkan batik.
Seperti biasa untuk membuat batikkena ada ada kain putih atau kain dasar yang telah dipotong mengikut ukuran yang diperlukan. Kemudian kiri dan kanan kain itu di regang pada paku yang ada pada pemidang mudah alih yang di sediakan.

Demonstrasi mencanting daripada En Roslan Abdul Rahman.




Kemudian corak boleh dilukis menggunakan pensel terlebih dahulu  atau terus sahaja dicanting menggunakan alat yang dinamakan canting.  Lilin cair bercampur minyak dimasukkan ke dalam canting dan proses lakaran corak dimulakan. Corak-corak yang dipilih adalah mengikut citarasa atau trend semasa, ada yang meminati motif tradisional, abstrak, flora dan fauna ataupun corak geometri.

Campuran lilin dan minyak untuk mencanting.










Selepas proses mencanting ialah proses mewarna. Warna diasingkan ke dalam bekas-bekas yang berlainan supaya tidak berlaku percampuran warna. Tukang warna akan menggabungkan warna mengikut kreativiti mereka ataupun mengikut pesanan pelanggan.











Batik yang telah siap diwarna.

Kain yang telah siap diwarna akan melalui satu lagi proses iaitu proses mematikan warna. Kain tersebut akan direndam di dalam larutan sodium silikat. Kemudian rendamkan dalam air biasa selama 4jam sebelum dibasuh semula dan direbus dalam air bercampur soda ass untuk menghilangkan lapisan lilin di permukaan kain itu.

Kain yang telah siap dibasuh akan dikeringkan dan boleh terus dipasarkan.


Kami juga diajar cara-cara untuk membuat batik blok.Batik blok menggunakan teknik mengecap yang  kebiasaanya  digunakan untuk membuat kain sarung.
Blok pelbagai corak diperbuat daripada besi dan tembaga kemudiannya ditekap dalam lilin cair selama beberapa saat  sebelum dicop pada kain putih yang telah sedia dibentang atas meja yang dialas dengan kain setebal kira-kira 10cm dan permukaan bawahnya mestilah selalu dalam keadaan lembab.

Blok yang diperbuat dari besi dan tembaga.


Permukaan meja mengecop mestilah sentiasa lembab

Blok dicelup dalam lilin panas sebelum dicop pada kain.














Sebelum balik cikgu Roslan menyerahkan sijil penghargaan kepada tauke Nozi Batik yang baik dan peramah. Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu dengan kami tentang pembuatan batik. Semoga Nozi Batik terus mengukir nama sebagai antara pengeluar batik yang tersohor di negeri Terengganu dan semoga perniagaan terus berkembang maju hendaknya.




Jam menunjukkan pukul 12 tengahari sewaktu kami meninggalkan Nozi Batik, perut dah mula lapar dan aura untuk bershopping kain batik telah mula menghantui diri masing-masing maklumlah lepas tengok orang buat batik. Olehitu,  tak perlu fikir panjang dan seperti yang telah dirancang di dalam itenerari, destinasi kami yang seterusnya ialah Pasar Payang.



Pasar Payang yang baru.

Eksplorasi bermula.


Pasar Payang terletak di pesisir Sungai Terengganu merupakan pusat perniagaan produk popular di negeri ini termasuk batik, songket, keropok , gerai makanan dengan pelbagai menu makanan tempatan malahan kepada peminat barangan kemas di sini lah tempat yang wajib dikunjungi.
Dengan lebih kurang 762 lot kedai  Pasar Payang ibarat one stop centre yang menjadi syurga membeli-belah bagi kaum wanita. Ia baru sahaja beroperasi menggantikan Pasar Besar Kedai Payang yang lama dengan konsep yang lebih moden, bersih dan mesra pengunjung.

Kalau dah sampai Terengganu, wajib makan budu.

Batik di sana sini...sediakan RM,rm dan Rm sahaja


Shopping time !!

Selesai makan dan membeli belah, kami ke Chinatown Terengganu atau Kampung Cina Kuala Terengganu. Terletak di Jalan Bandar tidak jauh dari Pasar Payang. Lorong dan bangunan antik di sini dihiasi dengan lukisan-lukisan 3D yang bertema unik.

Selamat datang ke Kampung Cina Terengganu

China Girl in China Town

































 'kau kunci hatiku dalam hatimu'

Gambaran seorang kekasih yang tak boleh 'move on' hehehe gurau jer ye cikgu Meg.







Nampaknya boss lagi hebat dari Spiderman
Tingginya Hazimin, sampai dapat capai tangan Spiderman.




We 💗 KT
Penat bergambar dalam cuaca yang agak panas, perut pun lapar semula, tiba-tiba  terasa macam nak makan KFC . Ish...ish..ish...kenapa KFC, kenapa bukan nasi dagang ke, nasi kerabu ke? Sebenarnya kami telah mendapat tajaan makanan berupa ayam goreng KFC daripada KFC Pantai Batu Burok, Terengganu.
Hoorayyy... terima kasih daun keladi KFC !!

Kita tapau jer lah.

Penyampaian sijil penghargaan oleh cikgu Azlina kepada wakil KFC. TQSM KFC

Kami take away sahaja, sebab kami dah plan nak makan di tepi pantai Kuala Ibai. Di sini merupakan pertemuan muara Sungai Ibai dan Laut China Selatan. Ada sebuah masjid yang merupakan salah satu tempat yang wajib dikunjungi sekiranya datang ke negeri ini iaitu Masjid Terapung atau nama sebenarnya Masjid Tengku Tengah Zaharah. Kami juga sempat singgah solat di situ sebentar tadi.

Masjid Terapung

Memang seronok bila makan sambil menikmati pemandangan indah dan menghirup udara segar,sampai tak sedar tiba-tiba ayam dah tinggal tulang sahaja .

Happy walaupun dari pagi padat dengan aktiviti.


Dalam perjalanan balik ke homestay kami singgah untuk bergambar di kawasan Jambatan Angkat  yang menjadi tarikan pelancong yang terkini di sini. Kami tidak berkesempatan untuk naik di menara Jambatan Angkat itu kerana kekangan masa.









 Sakan bergambar dalam cuaca berjerebu kami balik ke homestay untuk membuat persediaan bbq pada malam nanti.


Ayam siap diperap. Orang Terengganu panggil ayam tu 'ayang' , sweet betul orang Ganu kan.

Our Masterchef


Makan dan makan lagi.

Menikmati BBQ yang enak
Selesai aktiviti hari ketiga, ini merupakan malam terakhir kami di Terengganu. Awal pagi esok kami akan bertolak balik ke Seremban.

Walaupun badan letih dan mata mengantuk kami tiada pilihan. Selepas BBQ kami kena kemaskan beg baju supaya tidak kelam kabut dan khuatir ada barang-barang yang tertinggal.

Ok time to mengemas guys !!

























































































































No comments:

Post a Comment