Tuesday 15 October 2019

LATIHAN PUSAT UNTUK PERKHEMAHAN AGOONOREE PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT KEBANGSAAN 2019

Bertempat di SK Pendidikan Khas Seremban telah diadakan latihan pusat untuk peserta yang akan menyertai Perkhemahan Agoonoree Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan 2019 yang bakal berlansung pada 21-24 Oktober 2019 di PLKN Kem Ulu Pari Aqua Village, Rembau.

Pelajar yang terlibat untuk menyertai perkhemahan tersebut tidak lain dan tidak bukan ialah Jethro Chan Zhia Yin dan Rumitthira a/p Veeramany.

Latihan dan bimbingan diberikan kepada penghasilan 4 jenis kraf iaitu trompet daun kelapa, tengkolok tanduk Minangkabau, Jam tangan daun kelapa dan bunga ros pandan.


Semoga berjaya kontingen Negeri Sembilan !!




Cara-cara untuk membuat lipatan Tengkolok Tanduk Minangkabau.
Trompet menggunakan daun kelapa, kalau silap gulung trompet tak akan keluarkan bunyi.


Rumi 'coach' untuk bunga ros pandan. 

Jam tangan daun kelapa.

Latihan untuk membuat tripod daripada buluh.

































No comments:

Post a Comment