Saturday, 19 October 2019

PENYAMPAIAN SUMBANGAN HAMPER HARI DEEPAVALI

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigationJump to search
Perayaan Deepavali menandakan kemenangan oleh kuasa kebaikan terhadap kuasa kejahatan, secara simboliknya ditujukan dalam erti cahaya yang menerangi kegelapan. Maksud tersiratnya ialah menyemai nilai-nilai positif dalam diri kita untuk menjadi individu yang lebih baik dengan mengatasi nilai-nilai negatif dalam diri kita untuk perkembangan rohani.
Perkataan Tamil "Deepavali" merupakan kombinasi dua perkataan. "Deepam" membawa maksud "Cahaya" atau "Lampu" manakala "Vali" bermaksud "Arah" atau "Jalan". Maksud kasarnya menggambarkan perjalanan menuju ke arah cahaya.
Hari Deepavali bermula dengan menyapu minyak bijan di atas kepala dan badan untuk menyejukkan badan, diikuti upacara sembahyang bersama ahli keluarga di rumah dan mendapat restu daripada ibu bapa dan orang tua sebelum ke kuil. Semua orang akan memakai pakaian baru, berkongsi manisan yang disediakan khas untuk Deepavali serta mengunjungi rumak sanak-saudara dan rakan-rakan. Pada waktu malam, barisan lampu dinyalakan dan bunga api serta mercun memeriahkan lagi sambutan.

Untuk memeriahkan Hari Deepavali yang disambut pada 27 Oktober 2019 , PPKI SMK Mambau tidak melupakan pelajar-pelajar beragama Hindu yang akan merayakan pesta cahaya itu. 
Satu majlis Penyampaian Sumbangan Hamper Deepavali telah diadakan di PKG Mambau dan
majlis telah disempurnakan oleh cikgu Roslan bin Ibrahim Guru Penolong Kanan PPKI SMK Mambau.

Diharapkan dengan sedikit sumbangan ini akan menambahkan keceriaan mereka untuk menyambut  hari tersebut.






Hamper untuk Hemaloshini.
Juga hamper untuk Rumitthira.



Tidak ketinggalan juga hamper untuk Jananee.

Hamper untuk Colin tidak dilupakan.

Tidak ketinggalan hamper untuk Navanithan.


No comments:

Post a Comment