Program PdPc Luar Bilik Darjah PPKI SMK Mambau telah memilih negeri pantai timur Terengganu Darul Iman sebagai destinasi lawatan pada tahun ini.
Program selama 4H3M ini bermula pada 17-20 September 2019 . Seramai 16 orang pelajar, 6 orang guru dan 3 orang PPM menyertai program ini.
Guru-guru yang terlibat ialah cikgu Roslan, cikgu Che Haslina, cikgu Azlina merangkap Penyelaras Program, cikgu Margaret Ann, cikgu Margaret Mary dan cikgu Azean. Tapi yang menyedihkan cikgu Azean terpaksa menarik diri di saat akhir kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Manakala PPM yang turut serta ialah Kak Kam, Kak Wa dan Kak Fara.
Se due tige pakat kite maghi Ganu
Se due tige ramai-ramai kite serebu
Se due tige gerenti kite takkan jemu
Jangan lengah lagi, jom kiter ...
Se due tige pakat kite maghi Ganu
Se due tige ramai-ramai kite serebu
Se due tige gerenti kite takkan jemu
Jangan lengah lagi, jom kiter ...
Add caption |
Pastikan semua dibawa, jangan ada yang tertinggal. |
Pelajar yang tidak menyertai lawatan turut menghantar dan menunggu sehingga bas berlepas. |
Cikgu Roslan bersiap sedia untuk bacaan doa sebelum perjalanan. Semoga perjalanan selamat dan lancar hendaknya. |
Tepat jam 7.30 pagi, bas bertolak dari SMK Mambau kemudian kami berhenti seketika di Ulu Bendul untuk bersarapan pagi . Nasi lemak dan teh o jadi menu sarapan, cukuplah untuk alas perut sebelum kami berhenti untuk makan tengahari dan solat di RnR Perasing.
AJK Makanan bersiap sedia untuk mengedarkan nasi lemak. |
Sila makan ye, jauh lagi perjalanan ni. |
Ada yang sampai tak lalu makan sebab terlampau seronok nak gi jalan-jalan ye. |
Makan tengahari dan solat di RnR Perasing. Sunyi dan terasing sangat tempat ni, gerai jualan pun cuma beberapa buah jer yang beroperasi.. Banyak juga didengar cerita-cerita mistik mengenai tempat ini. Aduhhh... seram nya... tapi kita sampai sini hari siang, kalau hari malam memang rasanya tak berani nak turun dari bas.
Makan tengahari di RnR Perasing |
Wah, dua beradik ni minum air isotonik untuk kecergasan berpanjangan. |
Colin yang tak sabar nak sampai Terengganu. |
Kemudian perjalanan diteruskan lagi dan akhirnya setelah puas tidur kemudian terjaga dan tertidur semula, layan cerita hindustan, tengok facebook, tengok ig kami sampai ke destinasi yang dituju iaitu negeri Terengganu, negeri cantik, budaya menarik, orang baik-baik... Terengganu molek doh .
Perjalanan beratus kilometer dan memakan masa hampir 9 jam akhirnya membawa kami di Pantai Teluk Ketapang di daerah Seberang Takir, Kuala Terengganu.
Pantainya cantik, bersih dan berdekatan dengan lapangan terbang Kuala Terengganu. Olehitu tak hairan lah kenapa ramai pengunjung yang singgah di sini .Banyak gerai di sepanjang jalan yang menjual pelbagai makanan diantaranya keropok lekor, kerabu maggie, teh peng malah oden pun ada.Tak perlu ke Korea kalau nak makan oden kat Ganu pun ada.
Ammar Rizqi - duta kecil Beautiful Terengganu 2019 |
Yeahhh dah sampai KT |
Jalan-jalan cari makan. |
Alahai kesiannya, lapar ye... |
Teh peng, keropok lekor memang gandingan yang mantap. |
Berlatarkan langit dan laut yang membiru, mereka melompat kegirangan.
Dah penat bergambar dan makan macam-macam maka kami terus check in di Bayu Homestay yang terletak di Gong Badak. Kalau dari Pantai Teluk Ketapang tadi , ia mengambil masa kira-kira 15minit. Dekat jer...
Bayu Homestay |
Setelah membersihkan diri dan makan malam yang ditempah dari katerer yang dipilih, kami tidur awal untuk bersiap sedia dengan program keesokan harinya.
No comments:
Post a Comment