Monday, 7 October 2019

RIADAH BERSAMA KOMUNITI

2 OKTOBER 2019, RABU

Program pertama PPKI SMK Mambau di bulan Oktober ini. Program ini merupakan satu inisiatif PPKI SMK Mambau yang bertujuan untuk menggalakkan komunikasi dan interaksi sosial antara murid berkeperluan khas dengan masyarakat. 

Tepat jam 7.30 pagi,semua murid berkumpul untuk menaiki bas. 
Tempat pertama ialah di Sendayan D'Stable Park.. Di sini, murid-murid berpeluang untuk menunggang kuda. Menunggang kuda dapat membantu meningkatkan daya koordinasi tangan dan imbangan tubuh badan. Kami tiba di di sini kira-kira pukul 8.20 pagi.

Sebelum aktiviti menunggang kuda bermula, murid-murid diberikan sedikit taklimat oleh Tuan Hj Zulkifli Bin Hj Zakaria yang merupakan pemilik tempat ini. Dua ekor kuda digunakan untuk aktiviti ini dan ianya dipantau sepenuhnya oleh dua orang pekerja.

Setiap murid merasai pengalaman menunggang kuda buat kali kedua.

Bergambar sebelum menaiki bas.
Kami dah sampai.



Sesi taklimat  oleh Tuan Hj Zulkifli Bin Hj Zakaria.


Jom tengok aksi anak-anak murid kami menunggang kuda...

Cowboy Hazimin...


Izwan 

Hafiz Zaini

Senyum simpul je si Faez Aiman ni..

Hafiz Zairul..steady

Navanithan

Seow Yuen Loong..tahun akhir dah tahun ni..tahun depan dah takde dah Ah Loong di PPKI SMK Mambau.

Lee Jia Jun

Mujaheet

Haziq

Syafiq Hakim

Collin

Goh Fei Yip ..tiada ekspresi muka dalam apa jua keadaan..hihi

Fairuzz 


Si kecik Hakim yang berbunyi 24 jam..tapi atas kuda tetiba diam.. senyap je plak dia.

Jethro

Nyon Ken Fung (handsome boy)

Kakak rock kita.... Farhana.


Fatin


Syafiqah

Senyuman manis Rumithiira yang juga tahun akhir tahun ni...

Shamsinar

Cikgu Margaret Ann juga tidak melepaskan peluang menunggang kuda.

Si mulut becok Hemaloshinii

Syafiq Mazlan

Wong si pemalu..tunggang kuda pun malu-malu..

Sikap saling membantu yang ditunjukkan..masing-masing membantu Syafiq Mazlan untuk turun dari kuda.

Menikmati jamuan ringan yang  disediakan oleh Tn Hj Zulkifli dan isteri.


Sesi bergambar sebelum balik


Lebih kurang jam 9.30 pagi kami menaiki bas ke Sendayan Green Park dan menikmati sarapan pagi nasi lemak ayam berempah. 


Setelah selesai makan iaitu kira-kira jam 10.10 pagi, kami bertolak ke Kilang Yakult di Oakland Industrial Park Seremban. Tepat jam 10.30 pagi kami selamat tiba di kilang tersebut  tetapi kami perlu menunggu selama 20 minit sebelum masuk ke kilang kerana seperti yang dijadualkan sebelum ini, kami hanya boleh masuk ke kilang tersebut pada pukul 11.00 pagi. 



Yang bertudung pink itu ialah staf  yang menyambut kedatangan kami.



Haaa..barisan model yakult kita...keindahan bunga sakura berlatar belakangkan gambar Dr Minoru Shirota.

Setibanya kami di sini, kami diberi taklimat tentang Yakult..(sejarah, pemprosesan, khasiat, pemasaran Yakult dan sebagainya.)

Minuman Yakult ialah sejenis minuman probiotik yang mengandungi bakteria baik Lactobacillus casei shirota. Perkataan shirota diambil sempena nama Dr Minoru Shirota yang menemui bakteria tersebut. Dr Minoru Shirota menjumpai cara menambah bilangan bakteria baik di dalam usus manusia. Kajian demi kajian dilakukan , kini sebotol yakult mengandungi 30 billion bakteria baik di dalamnya.

Yakult juga hanya berwarna putih kerana ia tidak mengandungi sebarang pewarna. Ini bagi memastikan bahawa peminum yakult mendapat 100% khasiat dan kesan menyihatkan daripada bakteria baik di dalamnya tanpa sebarang bahan-bahan tambahan yang tidak diperlukan oleh badan.

Yakult memasuki pasaran Malaysia pada tahun 2004. Apa yang menarik ialah, hanya botol Yakult di Malaysia sahaja yang mempunyai bentuk yang agak berlainan berbanding dengan negara-negara lain. 
Special kan?

Kami juga diberi sebotol Yakult Ace Light (kurang gula)  percuma setiap seorang selepas selesai sesi taklimat.






Setelah selesai sesi penerangan, kami di bawa masuk ke dalam kilang pemprosesan Yakult. Kebanyakan proses dikawal oleh mesin. Menerusi pemerhatian di sebalik cermin, memang proses pembuatan yakult sangat cermat, bersih dan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Untuk menjamin kualiti, ujian dijalankan oleh pakar daripada yakult sendiri. Ini penting bagi memastikan bakteria yang ada di dalamnya menepati piawaian. 

Seorang staf Yakult memberi penerangan kepada kami  di setiap stesen pemprosesan hinggalah stesen pembungkusan.

Kebersihan sangat dititik beratkan. Walaupun nampak  95% pemprosesan adalah menggunakan mesin berteknologi tinggi, persekitaran sangat bersih. Pekerja juga memakai mask, penutup kepala dan kasut but getah. 

Setelah selesai melawat kilang, sesi  penyampaian sijil penghargaan dan cenderahati oleh pihak Yakult kepada PPKI SMK Mambau.









Tepat jam 1.00 tengah hari, kami bertolak balik ke sekolah dan sampai di sekolah pada pukul 1.20 tengah hari.

Semoga segala pengalaman berharga dan pengetahuan yang diperoleh pada hari ini memberi manfaat dan ilmu baru kepada murid-murid.




























No comments:

Post a Comment