Pagi-pagi lagi kami telah menyiapkan semua beg, mengemaskan homestay menyapu, dan menyusun semula perabot, bantal serta tilam yang digunakan sepertimana suasana seperti kami check-in tempohari.
Tepat jam 8.30 pagi, kami check-out dari homestay. Kami masih ada aktiviti yang perlu dilunaskan. Kami akan singgah di tempat pembuatan keropok lekor dan sata di Merang.
Bersama tuan punya homestay |
Setibanya kami di situ, kami telah dijamu dengan keropok lekor dan sata. Sempat la kami uji rasa kesedapannya sebelum melihat cara ia di buat.
Cuba rasa dulu baru beli...sata & kepok lekor |
Langkah pertama, ikan yang segar sahaja yang dipilih. Lazimnya mereka menggunakan ikan tamban, selayang ataupun parang.
Kemudian ikan akan dibersihkan dan diproses untuk menghasilkan isi ikan tanpa tulang.
Isi ikan, yang telah siap dikisar. |
Kemudian campuran ini akan diuli hingga sebati dan menjadi doh.
Isi ikan dan tepung sagu |
Doh tadi akan dibentuk menjadi lekor.
Lekor yang telah siap dibentuk akan diletakkan dalam bekas dan sedia untuk direbus di dalam air yang mendidih. Proses merebus ini memakan masa lebih kurang 45 minit.
Lekor yang telah siap direbus ditoskan atas rak dan dibiarkan sehingga sejuk.
Lekor yang telah sejuk, sedia untuk dibungkus dan dipasarkan.
Demikianlah bagaimana cara keropok lekor dibuat. Sebelum ini kita cuma tahu makan sahaja bukan. Keropok lekor yang telah siap boleh terus di goreng dan dimakan dengan sos pencicah.
Selesai membeli keropok lekor, keropok keping dan sata kami meneruskan perjalanan.
Sempat juga berhenti sebentar membeli air nira, jagung dan kacang rebus untuk buat bekalan.
Kami juga berkesempatan singgah di Pantai Kemasik di daerah Dungun untuk menikmati pemandangan pantai yang cantik, ala-ala di Ha Long Bay di Vietnam. Aduhhh... negeri Terengganu memang padu.
Panorama indah ini menyukarkan kami untuk mengucapkan selamat tinggal kepada negeri Terengganu Darul Iman.
Sememangnya masa 4hari3malam ini dirasakan amat singkat, banyak tempat lagi yang tidak sempat kami lawati. Namun sudah cukup untuk meninggalkan kenangan manis di dalam sanubari dan menggamit untuk kembali ke sini.
Sememangnya masa 4hari3malam ini dirasakan amat singkat, banyak tempat lagi yang tidak sempat kami lawati. Namun sudah cukup untuk meninggalkan kenangan manis di dalam sanubari dan menggamit untuk kembali ke sini.
Memang susah nak 'move on' kan... |
Bye-bye Terengganu |
"Till we meet again..."
Perjalanan pulang tanpa banyak berhenti, cuma singgah untuk solat dan makan tengahari di RnR Gambang. Kami tiba di SMK Mambau tepat jam 8.00 malam.
Syukur segalanya selamat dan apa yang dirancang telah dapat dilaksanakan dengan baik. Sebarang kekurangan dan kelemahan pada program ini akan diperbaiki supaya tidak berulang untuk program yang akan datang.
No comments:
Post a Comment