Tuesday, 1 October 2019

DAY 2: PROGRAM PdPc LUAR BILIK DARJAH (BEAUTIFUL TERENGGANU) 2019


Hari kedua di pantai timur di mulakan dengan penuh bersemangat, hari ini jadual agak padat, banyak tempat yang akan dilawati mengikut iterinari yang telah dirancang.

Setelah selesai bersarapan di homestay, kami terus menaiki bas untuk ke destinasi yang pertama iaitu Program Penandaarasan di SMK Tun Telanai, Marang, Terengganu.

Setibanya kami di sini lebih kurang jam 9.00 pagi, kami telah disambut dengan begitu meriah oleh semua guru dan pelajar ppki di sini. Kebetulan pula cikgu Roslan dan cikgu Azmir (GPK PPKI)  merupakan  kenalan lama. Senang sangat lah urusan jadinya.
Kami terus  dibawa ke sesi fotografi sebelum mendengar taklimat oleh pengetua SMK Tun Telanai  iaitu cikgu Yusof bin Ismail  mengenai pencapaian dan keberhasilan PPKI di sekolah itu.
Itulah sebenarnya konsep penandaarasan , iaitu untuk mengenalpasti, mempelajari, mengubahsuai dan melaksanakan amalan-amalan baik daripada sesebuah organisasi supaya kita tidak berasa terlalu selesa dengan prestasi kita sekarang sehingga lupa tentang usaha penambahbaikan.



SMK Tun Telanai

Tiba di SMK Tun Telanai

Sambutan yang begitu meriah

SMK Tun Telanai & SMK Mambau

Guru Penolong Kanan PPKI SMK Tun Telanai, Cikgu Azmir bin Kurish
Guru Penolong Kanan PPKI SMK Mambau, Cikgu Roslan bin Ibrahim

Pengetua SMK Tun Telanai, cikgu Yusof bin Ismail

Sesi bertukar-tukar cenderamata, sebagai kenang-kenangan dan penghargaan kerana sudi menerima kunjungan kami.


 




Plak dan sijil penghargaan dari SMK Mambau

Mendengar taklimat di Galeri StunT

Selesai sesi taklimat, kami dijamu dengan hidangan yang enak dan menyelerakan. Walaupun menunya bukan nasi dagang yang sinonim dengan negeri Terengganu, tetapi menu bihun goreng ala Thai di makan bersama keropok keping memang sedap, tak pernah jumpa lagi di Seremban. Kuih karipap, kuih tepung pelita dan teh tarik menjadi kan ia combo breakfast yang mantap bersesuaian dengan aktiviti kami yang padat hari ini.


Jamuan dengan menu yang menyelerakan



Mutiara kata di papan putih  ini mencuri perhatian kami, rasanya tahun depan kena mulakan di SMK Mambau sebagai motivasi dan membangkitkan semangat setiap hari.

Kemudian kami dibahagikan kepada dua kumpulan dan secara bergilir kami dibawa meninjau ke Bengkel Pembuatan Pastri dan Roti serta Bengkel Pembuatan Perabot. Kedua-duanya merupakan projek yang menjana pendapatan kepada PPKI SMK Tun Telanai.


Bengkel pembuatan roti dan pastri.





 

















Pizza sedang di bakar

Roti boi PPKI StunT

Sementara itu,  pelajar KSSM Refleksologi  Wong Siow Wei  sempat membuat demo urutan kaki kepada seorang guru di situ.





Sekitar lawatan di bengkel pembuatan perabot.




















Produk yang mendapat permintaan yang tinggi iaitu meja kopi dan rak serbaguna. Cantik dan kemas buatannya, harganya murah mana lah nak dapat di pasaran harga meja kopi
RM 30 sahaja !!!

Meja kopi


Rak serbaguna


Kami juga dibawa melawat ke bengkel lukisan pelajar-pelajar tingkatan 6. Memang mengkagumkan melihat hasil karya seni mereka.

Kayu 'stand' lukisan ini juga dibuat di bengkel perabot PPKI.

Made in PPKI StunT

Bengkel lukisan pelajar tingkatan 6.











Sedar tak sedar hampir 3jam kami berada di sini.Banyak ilmu dan benda baru yang kami pelajari dan akan di bawa pulang untuk  diadaptasi di SMK Mambau.

Gambar dan ole-ole untuk dibawa pulang.

Terima Kasih StunT




Destinasi kami yang seterusnya ialah ke Muzium Terengganu. Difahamkan ia merupakan muzium yang terbesar di Asia Tenggara. Dibina dengan senireka unik seperti istana kayu lama.



Sedikit perkongsian mengenai Muzium Terengganu, rancangan pembinaannya bermula sejak tahun 1920an lagi. Ini kerana pada masa itu tiada tempat yang khusus untuk menempatkan Batu Bersurat  Terengganu iaitu signifikan tentang penyebaran Islam di Kepulauan Melayu sehinggakan ianya terpaksa disimpan di Muzium Raffles, Singapura.

Bagaimanapun akhirnya Muzium Terengganu siap dibina atas tanah berkeluasan 27 hektar di Bukit Losong pada tahun 1996.

Di perkarangan Muzium Terengganu yang mempunyai senireka yang cantik dan unik.

Rekabentuk dari arkitek terkenal di negeri Terengganu iaitu Dato' Raja Kamarul Bahrin bin Raja. Ir. Dr. Haji Sir Ahmad.

Seni ukiran kayu bermotifkan flora melatari dinding muzium.

Muzium ini mempunyai 7 buah galeri iaitu Galeri Islam, Galeri Tekstil, Galeri Diraja, Galeri Sejarah, Galeri Kraf, Galeri Petroleum dan Galeri Ilmu Kejadian.
Sedikit taklimat di pintu masuk muzium.

Cikgu Azlina menandatangani buku pelawat.

Antara galeri yang terdapat di sini.




Terpesona dengan rekaan pintu ini memaksa kami untuk berposing di sini.
















Hooray dah selesai di Muzium...

Siapa nak pergi Taman Tamadun Islam sila angkat tangan... wah semua nak pergi...

Sepertimana yang telah dirancang, kami bergerak ke Taman Tamadun Islam yang terletak di Pulau Wan Man, sebuah pulau kecil di muara Sungai Terengganu. Sebenarnya tak jauh pun dari Muzium Terengganu.

Taman Tamadun Islam ini terbahagi kepada 2 zon. 

Zon A menempatkan Taman Monumen manakala Zon B pula menempatkan Masjid Kristal, Pusat Konvensyen, Restoran B'Beteng dan Tasik Pahlawan.


Setibanya di sini kami terus menaiki river cruise. 'Pelayaran' yang mengambil masa kira-kira 45 minit ini membawa kami mengelilingi Pulau Wan Man melihat pulau-pulau kecil di sekitarnya, perkampungan nelayan, limbungan kapal, menghayati keindahan Masjid Kristal dan  lalu di bawah Jambatan Angkat.




Bergambar sebelum cruise tiba.
Sedia dengan jaket keselamatan.




Model jaket oren





Sebelum menaiki cruise...

Sabar Shamsinar...


Pastikan tiada siapa yang tertinggal...

Ada yang mabuk laut ke...
Semua happy seperti sedang belayar dalam cruise Titanic


no worries Ammar, if u jump, ibu jump...

Dari atas cruise, kami dapat menyaksikan Jambatan Angkat dan Masjid Kristal dari dekat.

Jambatan Angkat atau Drawbridge sepanjang 638m yang menghubungkan Kuala Terengganu dan Kuala Nerus merupakan jambatan angkat yang terpanjang di dunia !!

Dengan menggunakan sistem teknologi hidraulik bascule dan disokong oleh menara setinggi 15 tingkat di sebelah kiri dan kanan, bahagian tengahnya boleh terangkat untuk membolehkan kapal lalu.
Wah, canggih nya. Tak perlu pergi ke London kalau nak tengok jambatan angkat.

Jambatan Angkat @ Drawbridge

Masjid Kristal yang dibina atas pelantar besar di Muara Sungai Terengganu menggunakan besi dan kaca keseluruhannya akan bergemerlapan seperti kristal di waktu malam dan seakan terapung bila air pasang.


Masjid Kristal

Turun dari cruise, semua dah lapar dan tak sabar nak makan. Kami menikmati makan tengahari di Restoran B'Beteng yang mengadap muara Sungai Terengganu yang saujana mata memandang.





Selepas makan, tanpa berlengah lagi kami ke Taman Monumen. Taman yang menempatkan 22 monumen senibina islam di seluruh dunia dengan skala binaan yang lebih kecil.

Beberapa bangunan replika mempunyai ruang pameran dan auditorium bagi menyampaikan maklumat serta memberi kefahaman kepada pengunjung.

Ammar di dunia fantasi ke ni?

Passport dah ada, kami bersedia untuk mengelilingi dunia.

Taklimat ringkas dari sebelum eksplorasi bermula.


Kalau boleh naik tram, kenapa nak jalan kaki. 
Masjid Palestin yang terkenal dengan Kubah As-Sakhrah satu-satunya monumen yang dibina dengan skala yang besar dan pengunjung boleh masuk ke dalamnya.


Berlatar belakangkan Kubah As-Sakhrah


Taj Mahal  lambang cinta agung Shah Jahan dan isterinya Mumtaz Mahal.

Kusyuk menonton tayangan video mengenai replika yang dilawati. 





Berada di replika Masjidil Haram.

Hari hampir lewat petang bila kami selesai melawat Taman Tamadun Islam, seperti biasa bukan setakat tempat menarik sahaja yang kita lawati, malah makanan menarik pun kita harus cari. Memang tak sah lah kalau datang ke Terengganu tapi tak makan ICT, UCT,SCT dan minum ABJ.
Menu apa tu? Inilah dia Ikan Celup Tepung (tiada dalam gambar), Udang Celup Tepung, Sotong Celup Tepung dan Air Batu Jagung. Sedap tak terkata sebab semua hasil laut di sini segar hasil tangkapan nelayan tempatan.

Memang tak banyak gambar di sini sebab kami busy dengan makanan dan simpan handphone.
Power tak penangan ICT ni...



Selesai makan, plan asal nak jalan-jalan tengok lampu dan pemandangan KT di waktu malam, tapi kami ter'singgah' pula di Pasar Malam Tanjung. Jom kita tengok apa yang menarik di sini. 

Pasar Malam Tanjung
Inilah yang paling menarik perhatian kami di sini. Kenderaan beroda dua atau tiga berkuasa eletrik. Boleh dipandu walaupun tidak mempunyai lesen memandu. 

Dengan bayaran RM5 untuk setengah jam untuk basikal dan RM10 untuk kereta, kami pun pilih mana kenderaan yang disukai.

Kenderaan letrik ini, ia menjimatkan tenaga, mesra alam kerana tidak mengeluarkan bunyi dan asap tetapi terhad untuk kegunaan santai bukan tujuan pengangkutan atas jalanraya. 

Rumitthira suka yang ini...

Nava pun suka yang roda dua...


Siapa yang tak mahir guna roda dua, sila lah pilih yang roda tiga...

Cikgu nak buat rondaan...

Yang ini paling menarik, banyak lampu...

Ammar pilih dinasour  atau atok yang pilih kan...

Awas korang...ada yang memerhati....hehehe

Akak..jaga-jaga depan ada tiang...

Alamak nampaknya permainan ini bukan sahaja menjadi tarikan pelajar, tapi cikgu dan kakak ppm pun terjebak juga.

Seronok dan berbaloi dengan harga yang berpatutan, kami puas berlegar-legar di Pasar Malam Tanjung dengan kenderaan letrik ini.

Dari pagi hingga ke malam masih belum balik ke homestay, kami tamatkan dulu aktiviti untuk hari kedua  di sini.

Kita sambung esok ye, jadi jom kita balik dan rehat.

No comments:

Post a Comment