Friday, 8 November 2019

PROGRAM SEHARI BERSAMA KOLEJ KOMUNITI REMBAU


5 NOV 2019, SELASA

Seolah-olah sudah menjadi program rutin tahunan PPKI SMK Mambau bagi mendedahkan murid-murid dengan kemahiran secara teori dan praktikal dan memberi pengalaman belajar dalam suasana yang berbeza selain sesi pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di dalam kelas di sekolah.

Tahun lepas kami dah pergi ke Kolej Komuniti Jelebu bagi mengikuti kursus pendek membuat muffin. Tahun ni, kami ke Kolej Komuniti Rembau pula bagi mengikuti kursus asas pembuatan roti dan penanaman hidroponik. 

Murid-murid telah pun dibahagi kepada dua kumpulan. Satu kumpulan akan mengikuti kursus penanaman hidroponik manakala satu kumpulan lagi mengikuti kursus asas pembuatan roti.

Sewal jam 7.45 pagi, kami telah bertolak ke Kolej Komuniti Rembau dengan menaiki bas.




Perjalanan mengambil masa kira-kira 30 minit.

Selamat tiba di destinasi

Setelah sampai, kami bersarapan terlebih dahulu sebelum mengikuti kursus yang dianjurkan.





Selesai sarapan, murid-murid terus bergerak ke bengkel mengikut kumpulan masing-masing.



KURSUS PENANAMAN HIDROPONIK

Kursus ini disampaikan oleh En Mahadi bin Sudin yang merupakan salah seorang tenaga pengajar Kolej Komuniti Rembau. 

Hidroponik ialah sebuah konsep bercucuk tanam tanpa menggunakan tanah. istilah hidroponik dibina daripada dua perkataan Latin iaitu hidro dan ponik yang bermaksud air yang bekerja.

Antara kelebihan  sistem hidroponik berbanding kaedah penanaman konvensional atas tanah ialah:
1. Pengeluaran hasil yang lebih tinggi.
2. bekalan nutrien seimbang berterusn kepada tanaman.
3. Penanaman tidak terikat dengan cuaca setempat.
4. Sayur dan buah yang dihasilkan seragam kerana bahan nutrien dan nilai PH diberi secara kawalan 
    dan sekata.
5. Kualiti buah atau bunga lebih tinggi.
6. Penyakit bawaan tanah yang dibawa oleh nematod dapat dielakkan.
7. Tiada kos membajak ,menyiram, membuat batas dan merumpai.

Namun, ada kekurangan juga sistem ini iaitu :
1. Kos permulaan yang tinggi bagi membeli peralatan.
2. penyakit cepat merebak jika air tercemar.
3. Tidak semua tanaman boleh guna sistem hidroponik.

Dalam kursus ini, kami diajar cara menanam biji benih kangkung dan sawi secara hidroponik. 

Kami kongsikan video di bawah: Disampaikan oleh En Mahadi.




En Mahadi Bin Sudin menerangkan bahan dan alatan yang diperlukan.
















Team hidroponik



KURSUS ASAS PEMBUATAN ROTI


Taklimat disampaikan oleh En Shahrul Fazli Bin Abu Hassan (Pegawai Pengambilan Pelajar Kolej Komuniti Rembau).


Edaran bahan, alatan dan cara membuat roti.

Puan Hasnita Binti Bukhari.(tenaga pengajar kursus asas pembuatan roti)




Bahan-bahan 





Roti kacang merah, roti pizza dan roti sosej.



Majlis penutup. Ucapan oleh Puan Norazemah Binti Aminludin, Timbalan Pengarah Kolej Komuniti Rembau.
Penyampaian sijil penghargaan oleh Cikgu Che Haslina kepada pihak kolej.

Sesi bergambar 
Ribuan terima kasih kepada tenaga pengajar Puan Hasnita dan En Mahadi serta warga pihak Kolej Komuniti Rembau yang sudi menerima kehadiran kami dan memberi ilmu kemahiran serta pengalaman kepada semua murid PPKI SMK Mambau.

Moga bersua lagi....



No comments:

Post a Comment