Program ini berlangsung sepanjang bulan November iaitu bermula 6hb November hingga 22hb November 2019.
Pelbagai aktiviti telah dirangka dan disusun dalam program ini khusus untuk murid-murid dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan bermanfaat. Hal ini secara tidak langsung dapat menarik minat murid-murid untuk hadir ke sekolah pada hari-hari terakhir persekolahan di hujung tahun ini dan seterusnya mengekalkan peratus kehadiran murid di tahap yang baik.
Antara aktiviti yang dijalankan dalam program ini ialah balloon burst, blow the cups with balloon, cup collection, hands on cups, jom berzumba, bamboo dance, row jump, program masih ada yang sayang (MAS), sukaneka, snake ladder, puzzle, pertandingan petanque, permainan karom dan congkak, serta latihan persembahan majlis apresiasi.
Terdapat satu aktiviti tambahan dalam program perjuangan kasih ini iaitu membuat jeruk mangga asam boi dan penjualan jeruk mangga.
Aktiviti membuat ecobrick tetap berjalan |
Dua minggu sebelum majlis apresiasi PPKI, latihan persembahan bermula...
Dalam kesibukan membuat persiapan menjelang majlis apresiasi, PPKI SMK Mambau menerima berita baik iaitu murid kami Nur Fatin Alya Binti Mohd Nizar telah mendapat tempat naib johan dalam pertandingan hafazan kategori bermasalah pembelajaran Majlis Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sembilan.
Majlis penyampaian hadiah tersebut diadakan di Kem Ulu Pari, Rembau pada 20 November 2019.
Tahniah Fatin dan guru pembimbingnya iaitu Cikgu Nuraisyah Rani.
Bercerita tentang program transisi kerjaya pula : Carwash PPKI SMK Mambau.....
Sedikit saguhati diberikan kepada semua murid yang terlibat dengan program transisi kerjaya carwash. Seramai 6 orang murid yang terlibat dengan carwash sepanjang tahun ini bermula Julai hingga Oktober 2019.
Saguhati yang diberikan ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada mereka atas daya usaha dan komitmen yang mereka tunjukkan dan penyuntik semangat mereka untuk membuat yang terbaik pada tahun hadapan. Moga program ini menjadi titik tolak bagi melahirkan murid-murid yang berupaya berdikari, mampu merancang dan seterusnya mengaplikasikan kemahiran di dalam menguruskan kehidupan di masa akan datang.
Bak kata pujangga, "Jika diberi ikan, ikan itu akan habis selepas dimakan tetapi jika diberi pancing maka ia akan memberi manfaat seumur hidup."
Tu diaaa...jejaka carwash kita.. (bermula dari kiri sebelah atas) Norizwan, Fairuz, Hafiz Zairul, Syafiq Hakim, Navanithan dan Hafiz Zaini.
Saguhati diserahkan oleh Cikgu Margaret Mary @ Cikgu Margie yang merupakan salah seorang Coach Carwash PPKI SMK Mambau.
Tidak habis di situ, keseronokan murid-murid PPKI SMK Mambau bertambah apabila menerima beg sekolah baru bagi kegunaaan sesi persekolahan tahun 2020. Terima kasih kepada penyumbang yang sangat bermurah hati. Rezeki anak-anak Pendidikan Khas kan. Alhamdulillah.
Penyampaian sumbangan ini disempurnakan oleh Cikgu Roslan Bin Ibrahim, Penolong Kanan Pendidikan Khas SMK Mambau.
Program kitar semula PPKI SMK Mambau yang berjalan sepanjang tahun mendapat sokongan daripada semua warga SMK Mambau. Terima kasih atas sokongan yang diberikan. Aktiviti pengumpulan dan penjualan barangan kitar semula yang dilaksanakan oleh murid-murid PPKI berjalan dengan lancar atas bimbingan Cikgu Margaret Ann yang turut sama dibantu oleh Puan Farawahida dan Puan Khamisah.
Justeru itu, saguhati diberikan kepada murid-murid PPKI yang akan tamat persekolahan pada tahun ini atas komitmen yang mereka tunjukkan dalam menjayakan program kitar semula ini. Diharapkan, program ini juga dapat memberi pengetahuan dan pengalaman kepada mereka untuk diaplikasikan dalam kehidupan kerana aktiviti ini dapat menjana pendapatan sampingan tanpa perlu mengeluarkan modal.
Saguhati disampaikan oleh Cikgu Che Haslina, setiausaha pentadbiran PPKI SMK Mambau.
Dari kiri, Seow Yuen Loong, Cikgu Margaret Ann, Cikgu Che Haslina, Rumithira dan Syafiq Hakim |
Terima kasih semua...
No comments:
Post a Comment