Satu-satunya program yang berlangsung sepanjang tahun iaitu bermula Februari hingga Oktober.
Sekolah
merupakan institusi Pendidikan yang dapat membangunkan insan ke arah kecemerlangan
akademik, sahsiah dan kokurikulum. Persekitaran sekolah yang kondusif dapat
menimbulkan keselesaan dan rasa selamat kepada warga sekolah sepanjang
menjalankan aktiviti di sekolah tidak kira aktiviti kurikulum, kokurikulum atau
kerohanian. Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam atau di luar bilik
darjah juga dapat berjalan dengan lancar dan sempurna. Salah satu cara yang
dapat dijalankan ialah dengan mewujudkan kawasan sekolah yang ceria dan indah.
Kebersihan,
kesihatan dan keselamatan (3K) merupakan tiga aspek penting dalam sesebuah sekolah.
Oleh itu, projek ini dijalankan dengan tujuan menjadikan sekolah sebagai
organisasi pendidikan yang mempunyai persekitaran pembelajaran yang ceria dan
berseri. Persekitaran yang bersih dan sihat menjadikan pengajaran dan
pembelajaran lebih berkesan.
Antara aktiviti yang dijalankan dalam program ini ialah, membuat mural, menghias pasu ,menanam pokok bunga, mengecat tangga dan menggantung kain berwarna-warni. Aktiviti keceriaan ini bermula dari tangga menuju ke bilik seni PPKI, dinding luar bilik seni serta sepanjang kaki lima dewan dan kelas-kelas PPKI.
|
Sudut membaca kelas |
Semua ini adalah hasil dari kerjasama semua warga PPKI (guru, PPM dan murid) SMK mambau yang sanggup berkorban masa dan tenaga.
Tahniah semua...
No comments:
Post a Comment