Thursday, 15 February 2018

PROGRAM SAMBUTAN TAHUN BARU CINA & PESTA PONGGAL SMK MAMBAU 2018

15 Februari - SMK Mambau berada dalam 'mood' raya apabila dua program iaitu Sambutan Tahun Baru Cina dan Pesta Ponggal diadakan serentak yang turut melibatkan pelajar-pelajar PPKI. Antara pengisian  program diadakan Pertandingan Kaligrafi, Pertandingan Memasak Ponggal dan Pertandingan Mencorak Koolam. 

Ponggal merupakan perayaan menuai yang diraikan pada bulan Thai dalam kalender kaum India bersempena berakhirnya musim menuai. Ponggal bermaksud 'melimpah ruah' yang melambangkan hidup seseorang itu akan dilimpahi kemakmuran, kesejahteraan dan keamanan. Perayaan ini bertujuan untuk menyatakan terima kasih kepada Dewa Matahari yang membantu menghasilkan kekayaan tersebut. Rumah akan dihiasi oleh daun mangga, bunga dan lantai di lukis dengan corak-corak menggunakan beras berwarna.


Belanga tanah liat dihias dengan daun kunyit, daun mangga dan pewarna 'kum kum' .


Api dinyalakan dan susu mula dituang ke dalam belanga tanah liat.


Sewaktu sakarai ponggal(nasi manis) mula meluap dan melimpah dari belanga para pelajar melaungkan kata-kata 'ponggal o ponggal'

Tebu lazimnya akan diikat pada pintu rumah, dihias dengan daun mangga dan daun kelapa bagi menceriakan lagi suasana.

Pengetua Cemerlang SMK Mambau Tn Hj Norhashim, GPK Pentadbiran Tn Hj Abu Bakar dan GPK Kokurikulum Pn Hjh Suhana turut serta mengacau nasi manis dalam belanga tanah liat.






Pelajar PPKI diketuai oleh Rumitthira dan di selia oleh  cikgu Nanthamalar mula untuk mencorakkan koolam.






'Food testing' oleh juri yang terdiri dari cikgu Kohilavany, cikgu Maliga dan cikgu Shanti.

'Chefs of the day' ... Hema loshini, Rumitthira dan Jananee




Sementara itu bertempat di dewan diadakan pertandingan Kaligrafi dan aktiviti membuat kraftangan. Kaligrafi adalah sejenis seni visual yang wujud sewaktu Dinasti Shang 
lebih 3 ribu tahun lalu.
Ditulis menggunakan dakwat berus di atas sehelai kertas khas untuk menggambarkan kata-kata murni seperti kebahagian, ketenangan dan kekayaan.

Bakat, ketekunan dan kesabaran adalah tiga aspek penting dalam kaligrafi. Jethro you can do it!!




Guru Penyelaras PPKI cikgu Che Haslina dibantu dan cikgu Malini, cikgu Shahina dan cikgu Zabid (bersongkok) berusaha keras untuk memastikan pelajar PPKI berdaya saing dengan pelajar perdana.




















Pada sebelah petangnya diadakan majlis penutup dan penyampaian hadiah yang telah disempurnakan oleh Pengerusi PIBG Encik Jafri bin Muskiman . Majlis diserikan dengan persembahan seni mempertahankan diri'Silambam', tarian india, melayu dan cina serta
koir.




Tahniah kepada kumpulan dari PPKI kerana berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan Pesta Ponggal. 


Penganjuran aktiviti berinformasi sedemikian dapat memelihara warisan  dan budaya tradisi nenek moyang dahulu serta dapat memupuk semangat berkerjasama di kalangan pelajar dan guru.
Syabas dan Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.






No comments:

Post a Comment