Acara Balapan dan Padang Pendidikan Khas Daerah Seremban berlansung selama 2 hari iaitu pada 8 & 9 Februari 2018 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Paroi dan di SMK Pendeta Zaba.
Bersama 3 guru pengiring dan seorang pembantu pengurusan murid, PPKI SMK Mambau menghantar seramai 12 orang atlit yang sangat berpotensi untuk mewakili beberapa acara yang dipertandingkan. Ternyata para atlit sangat teruja untuk bertanding hasil dari sesi latihan gilapan juara yang telah diadakan sejak 15 Januari 2018 yang lalu.
Sesi "warming up" sebelum acara bermula
Tahniah untuk Seri Rahayu kerana berjaya menjuarai acara 100m Junior (P) dengan catatan masa 0.16.69s manakala Hema loshini berada di tempat kedua dengan catatan masa 0.17.50s.
Bagi kategori 100m Senior (P) Farhana berjaya mendapat tempat ketiga dengan catatan masa 0.18.18s.
Untuk acara 800m (L) Nava terpaksa berpuas hati dengan tempat keempat, diakui bukan mudah untuk berlari hampir 1KM dalam keadaan cuaca yang panas dan keadaan trek yang tidak begitu cantik.
Sementara itu di lokasi yang berlainan diadakan acara padang iaitu acara lempar cakra dan lontar peluru.
Selesai acara yang dipertandingkan untuk hari ini, tergambar kegembiraan di wajah semua yang terlibat terutama GPK PPKI En. Roslan Ibrahim diatas kejayaan yang diperolehi. SYABAS diucapkan, bagi yang kurang bernasib baik teruskan usaha untuk kejohanan yang akan datang.
Esok 9 Februari 2018 ada lebih banyak acara yang akan dipertandingkan. "Good Luck and All The Best" diucapkan. Semoga para atlit terus bersemangat untuk melonjakkan nama PPKI SMK Mambau di tempat yang teratas.
No comments:
Post a Comment