Tuesday 6 February 2018

PROGRAM GILAPAN JUARA

Program gilapan juara ini telah bermula pada 15 Januari 2018.  Program ini bertujuan untuk mencungkil bakat murid-murid junior dalam acara sukan di samping mengasah bakat murid-murid senior. 

Latihan ini diadakan untuk  menyediakan murid bagi pemilihan peserta bagi acara balapan dan padang Pendidikan Khas Peringkat Daerah Seremban. Guru yang terlibat ialah Puan Nanthamalar, Cik Siti Noroni dan Puan Farawahida (PPM) serta turut dibantu oleh En Roslan (PK PPKI) dan En Azean.

Latihan petanque juga turut diadakan dalam program ini. Latihan petanque ini di bawah bimbingan Puan Che Haslina, Puan Malini, En Azean dan Puan Khamisah(PPM). Pada peringkat permulaan, bagi pendedahan tentang teknik permainan, murid-murid yang terlibat telah dibimbing oleh En Roslan (PK PPKI).

Program ini berlangsung setiap  hari Isnin hingga Khamis mengikut masa yang telah ditetapkan.

Latihan balapan dan padang diadakan di padang sekolah dan juga di Kompleks Belia Dan Sukan, Paroi, Seremban. Manakala latihan petanque diadakan di gelanggang petanque sekolah.



LATIHAN BALAPAN DAN PADANG






































Pemilihan Peserta Bagi Acara Balapan dan Padang Peringkat Daerah Seremban Tahun 2018 ini diadakan pada 8 Feb hingga 9 Feb 2018 yang bertempat di  Kompleks Belia dan Sukan Paroi, Seremban.
Antara murid yang terlibat ialah:

1. Muhammad Fairuzz Ashwad
2. Navanithan A/L Winson
3. Muhammad Daniel Haiqal Bin Hamdan
4. Jethro Chan Jian Zhi
5. Nurul Farhana Binti Joy Dzulkarnain
6. Seri Rahayu Nor Aisyah Binti Evendi
7. Muhammad Norizwan Bin Ramli
8. Hafiz bin Zairol
9. Biraj A/L Suresh
10. Norhamsinar binti Abdul Shattar
11. Hemaloshini A/P Veeramany
12. Rumithira A/P Veeramany

Mudah-mudahan berkat penat lelah guru-guru, PPM dan kegigihan anak-anak ini sendiri dalam menjalani latihan membuahkan kejayaan.


LATIHAN PETANQUE













No comments:

Post a Comment