Friday 9 February 2018

ACARA BALAPAN DAN PADANG PENDIDIKAN KHAS DAERAH SEREMBAN TAHUN 2018 - HARI KEDUA.


Hari ini bertarikh 9 Februari 2018 merupakan hari kedua Acara Balapan dan Padang Pendidikan Khas Daerah Seremban Tahun 2018.

Rasanya tidak perlu lagi diperjelaskan acara yang dipertandingkan tetapi terus kepada keputusan dimana Seri  Rahayu masih menggungguli acara balapan 200m Perempuan Junior apabila berjaya mendapat tempat pertama dengan catatan masa 35.16s manakala Hema loshini mendapat tempat ketiga dengan catatan masa 38s.

Untuk acara 200m Lelaki Senior, Daniel Haiqal berjaya mendapat tempat ketiga.

Bagi acara Lompat Jauh Perempuan Junior sekali lagi Seri Rahayu tidak menghampakan  apabila berjaya mendapat tempat kedua, Hema Loshini kurang bernasib baik hanya mampu berada di tempat keempat.

Bagi atlit-atlit lain yang gagal membawa pulang sebarang pingat ini merupakan platfom terbaik untuk mereka menimba pengalaman dan latihan.













Tahniah diucapkan kepada yang berjaya, semoga mereka layak untuk ke Peringkat Negeri pula yang kurang bernasib baik perbaiki kelemahan dan cuba lagi di tahun hadapan.  
Terima kasih yang tak terhingga kepada guru yang bertungkus lumus melatih atlit-atlit ini iaitu Cikgu Nanthamalar, Cikgu Siti Noroni, Cikgu  Azean dan dibantu oleh Puan Farawahida selaku pembantu pengurusan murid, tidak dilupakan Tuan  GPK PPKI Cikgu Roslan dan Puan Penyelaras Cikgu Che Haslina yang selalu turun padang memberi peransang dan semangat. 
Apa yang boleh kita simpulkan ialah TEAM PPKI SMK MAMBAU MEMANG OHSEM !!


No comments:

Post a Comment