Tuesday 13 February 2018

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN TAHUN BARU CINA

13 FEB 2018

Sememangnya menjadi rutin setiap tahun,  PPKI SMK Mambau akan mengadakan program ini bagi menyampaikan sedikit sumbangan (cenderahati) kepada semua murid PPKI yang berbangsa Cina. Diharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat menggembirakan lagi hati anak-anak ini dalam menyambut perayaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.

Bukan sahaja murid-murid berbangsa Cina, bahkan guru-guru dan pembantu pengurusan murid (PPM) serta murid-murid yang bukan berbangsa Cina juga turut menerima cenderahati (limau mandarin) dalam majlis ini. 

Alangkah seronoknya anak-anak PPKI hari ni..

Majlis ini bermula jam 12.00 tengah hari dan diadakan di dewan PPKI SMK Mambau.

Terima kasih diucapkan kepada En Shahriman (Ketua Bidang Sains dan Matematik) dan Puan Azila (Ketua Bidang Bahasa) kerana sudi hadir dalam majlis kami dan menyampaikan cenderahati kepada anak-anak PPKI ini.

Tahniah dan syabas buat semua warga PPKI SMK Mambau atas komitmen dan kerjasama dalam menjayakan majlis ini. 






PERSIAPAN SEBELUM MAJLIS BERMULA








SEMASA MAJLIS BERLANGSUNG


Tn Hj Mohd Zabid sebagai pengacara majlis
Bacaan doa oleh Tn Hj Mohd Zabid


Ucapan oleh En Shahriman (Ketua Bidang Sains dan Matematik)

























PENYAMPAIAN CENDERAHATI KEPADA EN SHAHRIMAN DAN PUAN AZILA





SESI BERGAMBAR









No comments:

Post a Comment