Monday 5 March 2018

MAJLIS PENYERAHAN WANG BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 1MALAYSIA 2018, MESYUARAT AGUNG PIBG SMK MAMBAU KALI KE-29 DAN KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA KALI KE-27 SMK MAMBAU 2018

Minggu ke-9 tahun 2018 yang sangat sibuk di SMK Mambau di mana 3 program berturut-turut telah berlansung dengan jayanya.  Bermula dengan Majlis Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan (BKAP1M) 2018, di ikuti oleh Mesyuarat Agung PIBG kali ke-29 dan berikutnya Kejohanan Sukan Olahraga kali ke-27.

Pada 27 Feb 2018, Perasmian Majlis Penyerahan Bantuan  Khas Awal Persekolahan (BKAP1M) 2018 telah disempurnakan oleh Brigedier Jeneral Khairy Jamaludin Abu Bakar Menteri Belia dan Sukan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Rembau. Majlis gilang gemilang ini tidak sempurna  tanpa ada cenderahati tanda kenang-kenangan dari warga SMK Mambau kepada Yang Berhormat KJ. Cenderahati yang dimaksudkan bukan  tempah dari pembekal sekolah atau di beli dari Aeon tapi dibuat khas oleh  Encik Roslan Bin Ibrahim iaitu GPK Pendidikan Khas SMK Mambau sendiri. Memang mempunyai nilai sentimental yang sangat tinggi.



Cantingan batik KJ singkatan untuk nama Khairy Jamaludin sangat sempurna setanding produk dari Noor Arfa Batik.

Manakala pada 28 Februari 2018 di adakan  Mesyuarat Agung PIBG SMK Mambau kali ke-29 . Perjumpaan ibu bapa dan guru sebegini amat penting untuk saling bertukar pandangan dan idea bagi meningkatkan potensi anak-anak di dalam bidang akademik dan kokurikulum. Syabas kepada ibu bapa yang hadir . Usai mesyuarat, di adakan Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan (BKAP1M)  sebanyak RM100 untuk pelajar PPKI  yang layak iaitu pelajar yang ibu bapa berpendapatan RM3000 ke bawah. Semoga dengan adanya BKAP1M ini dapat meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak mereka.




GPK Pendidikan Khas Encik Roslan Bin Ibrahim bersama barisan pentadbir yang lain.



Guru kelas PPKI sedang menyerahkan BKAP1M kepada ibu bapa yang hadir. Cikgu Azean - kelas Dedikasi, Cikgu Azlina - kelas Jujur, Cikgu Margaret - kelas Bijak, Cikgu Nanthamalar - kelas Efektif, Cikgu Malini - kelas Cekap dan Cikgu Siti Noroni - kelas Gigih


Penutup aktiviti minggu ini ialah Kejohanan Sukan Olahraga Kali ke-27 telah diadakan di Stadium USIM, Nilai. 
Upacara perasmian dan penutup telah di sempurnakan oleh Encik Jafri Bin Muskiman YDP PIBG SMK Mambau. PPKI telah menghantar seramai 12 orang atlit untuk bertanding di kejohanan ini . Temasya sukan bermula seawal jam 8.30pagi ini berakhir sekitar jam 12.30tengahari.




Perarakan masuk kontigen PPKI diketuai oleh Navanithan, di bantu oleh Seri Rahayu bersama guru pengiring Cikgu Malini dan Cikgu Nanthamalar

Lafaz ikrar sebelum acara dimulakan.

Banyak kelebihan di sebalik kekurangan yang mereka miliki.


Teruja untuk memulakan larian... acara 100m Lelaki.

Acara 100m Perempuan, tempat pertama milik Seri Rahayu : tempat kedua Hema Loshini : tempat ketiga Farhana.

Acara 100m Lelaki, tempat pertama Daniel Haiqal: tempat kedua Biraj: tempat ketiga Jethro.
Team PPKI yang ohsem... tak cukup korum ni, ramai yang tak ada dalam foto.


Thumbs up  dari Pengetua Cemerlang SMK Mambau Tn Hj Nor Hashim dan GPK Pentadbiran Tn Hj Abu Bakar kepada semua yang bertungkus lumus dan tak menang tangan menjayakan semua program sepanjang minggu ini. Oleh itu esok 5 Mac 2018 di isytiharkan sebagai cuti peristiwa untuk warga pendidik dan pelajar SMK Mambau. Masa untuk merehatkan  fizikal dan mental sebelum bermulanya minggu baru. 






No comments:

Post a Comment