Wednesday, 28 March 2018

4th JOHOR INTERNATIONAL AGOONOREE 2018


12 - 15 MAC 2018

Perkhemahan peringkat antarabangsa ini telah diadakan di Savanna Hill Resort, Ulu Tiram Johor Darul Takzim. 
Kontinjen Negeri Sembilan telah menghantar penyertaan seramai 98 orang (termasuk guru dan murid).
Seramai 11 orang (7 murid, 3 guru, 1 PPM) adalah  dari PPKI SMK Mambau.

Senarai nama yang menyertai adalah seperti berikut:

Puan Nanthamalar A/P Supramaniam
Cik Siti Noroni Binti Omar
Puan Shahina Ashikeen Binti Hj Jamil
Puan Fazeedatul Azua Binti Rosli

       Rumithira A/P Veeramany
       Seri Rahayu Nor Aisyah Binti Evendi
       Nor Shamsinar Binti Abd Shattar
       Sherwin Kumar A/L Sridhar
       Biraj A/L Suresh
       Jetro Chan Jian Zhi
       Zul Aizad Bin Othman

Kami telah bertolak ke Johor dengan menaiki bas dari Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan pada pukul 8.30 pagi dan selamat tiba di Savanna Hill pada jam 1.30 tengah hari.

Perkhemahan antarabangsa ini disertai oleh lebih kurang 800 orang murid dan guru dari pelbagai negeri seluruh Malaysia seperti Kedah, Terengganu, Pahang, Johor, Pulau Pinang, Selangor, Perak, termasuk kontinjen dari luar negara seperti Brunei, Singapura, Thailand dan United Kingdom.

Perkhemahan yang berlangsung selama 4 hari 3 malam ini padat dengan pelbagai aktiviti yang sangat menarik. Antaranya ialah :

1. Aktiviti berpangkalan : Wishing pond, canting batik, IQ puzzle, big block puzzle, sudoku warna, pistol chopstik, layang-layang, musang berjanggut, radio amatur, fridge magnet, little fox hunting, musang berjanggut, button badge, sauk anak ikan, kotak khat, visual reality(VR), iron on, pot pandan, pin wheel, crossword puzzle, halangan komando, dam ular gergasi, making kerepek, wet war (pistol air), memanah, sayang si buta, boling kelapa dan bakul rotan dan pelbagai lagi.

Semua murid dikehendaki menyiapkan semua aktiviti tersebut dalam tempoh dua hari dan setelah selesai setiap satu tugasan, murid perlu meminta pegawai yang bertugas disetiap stesen untuk mengecop kad aktiviti.

2. Malam Antarabangsa : Persembahan yang sangat menarik dan menghiburkan daripada wakil semua kontinjen termasuk kontinjen luar negara.

3. Senamrobik : Setiap pagi sebelum sarapan.

4. Aktiviti di Legoland 

5. Food Fiesta dan Malam Perasmian Penutup : Pelbagai gerai makanan dan gerai permainan disediakan serta terdapat juga sesi bergambar bersama Upin Ipin, Spiderman, Batman dll.

6. Projek pemuliharaan



Kebanggaan bagi SMK Mambau khususnya PPKI SMK Mambau ialah pada malam perasmian penutup, Jethro Chan Jian Zhi telah menerima anugerah sebagai peserta terbaik keseluruhan Kontinjen Negeri Sembilan 4th Johor International Agoonoree 2018!!!

TAHNIAH DIUCAPKAN...SYABAS JETHRO!!!...kerana telah mengharumkan nama SMK Mambau, Seremban, Negeri Sembilan.

Hari keempat kami bertolak pulang pada pukul 11.00 pagi. Dalam perjalanan balik, kami singgah di Ayer Hitam untuk makan tengah hari dan membeli cenderamata.

Kami selamat sampai di Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) pada pukul 3.30 petang.




Taklimat sebaik sahaja sampai di Savanna Hill Resort




AKTIVITI BERPANGKALAN........



































MALAM ANTARABANGSA......

Wakil dari United Kingdom dan Singapura


Wakil dari Thailand dan Brunei




Kontinjen Negeri Sembilan





DI LEGOLAND........

















 FOOD FIESTA DAN MALAM PERASMIAN PENUTUP......









Jethro Chan Jian Zhi memenangi anugerah peserta terbaik keseluruhan kontinjen Negeri Sembilan....TAHNIAH!!!!!




SEBELUM MENINGGALKAN SAVANNA HILL RESORT...










SELAMAT TINGGAL SAVANNA HILL RESORT.....

Moga semua ini dapat memberi pengetahuan dan pengalaman berharga buat anak-anak PPKI SMK Mambau yang terlibat...

Anda semua hebat..Tahniah kepada semua....

4th Johor International Agoonoree 2018 terbaik!!!!

No comments:

Post a Comment