Friday 9 March 2018

MESYUARAT BADAN PERMUAFAKATAN IBU BAPA DAN GURU PPKI SMK MAMBAU KALI KE-6 SESI 2018/2019

8 MAC 2018

Mesyuarat Badan Permuafakatan ini diadakan di Pusat Kegiatan Guru (PKG) Mambau. Aturcara mesyuarat adalah seperti yang berikut:

10.00 pg : Pendaftaran ibu bapa dan guru
10.15 pg : Ketibaan Pengerusi Badan Permuafakatan (Tn Hj Bosri Bin Buyong)
                 Ketibaan jemputan
                 Ucapan alu-aluan pengacara majlis
                 Bacaan doa
                 Ucapan alu-aluan Pengerusi Badan Permuafakatan (Tn Hj Bosri Bin Buyong)
                 Ucapan Penolong Kanan Pentabiran (Tn Hj Abu Bakar Bin Ab Ghalim) - wakil Pengetua 
                 Ucapan Penolong Kanan PPKI (En Roslan Bin Ibrahim)
11.00 pg : Mesyuarat bermula
1.30 tengah hari : Jamuan

Sebelum mesyuarat bermula, persembahan multimedia tentang semua program yang telah dijalankan oleh PPKI SMK Mambau sepanjang tahun 2017 telah ditayangkan. Persembahan multimedia ini dihasilkan oleh Pn Fazeedatul Azua bt Rosli.

Seperti kita semua sedia maklum, tujuan mesyuarat adalah untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan pembelajaran dan sahsiah anak-anak serta mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah yang berkaitan dengan cara bertukar-tukar pandangan dan pendapat antara ibu bapa dan guru-guru. 

Hal ini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara ibu bapa dan guru.

Komitmen dan kerjasama ibu bapa amat penting dalam memastikan semua perancangan sekolah berjalan dengan lancar. Penglibatan dan sokongan daripada ibu bapa juga sangatlah diharapkan untuk kemenjadian anak-anak PPKI ini.

Mudah-mudahan matlamat sekolah khususnya PPKI SMK Mambau dapat direalisasikan dan berjaya  melahirkan murid berkeperluan khas (MBK) yang berkemahiran dan mampu berdikari dalam hidup sebagai seorang individu yang seimbang dan produktif selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan.

Oleh itu, ribuan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua ibu bapa yang sanggup meluangkan masa untuk hadir dalam mesyuarat badan permuafakatan pada kali ini. 

Alhamdulillah, dengan izin Allah mesyuarat yang dirancang berjalan dengan lancar.

Tahniah dan syabas kepada jawatankuasa kerja Puan Margaret Ann A/P Ratnam selaku setiausaha mesyuarat badan permuafakatan serta semua guru dan pembantu pengurusan murid (PPM) yang bertungkus-lumus menjalankan kerja-kerja yang diamanahkan demi menjayakan Mesyuarat Badan Permuafakatan Sesi 2018/2019 ini.





Pendaftaran ibu bapa




Ucapan alu-aluan pengacara majlis (Pn Malini Md Zaki)

Bacaan doa oleh Tn Hj Mohd Zabid

Ucapan alu-aluan Tn Hj Bosri bin Buyong (Pengerusi Badan Permuafakatan PPKI SMK Mambau)

Ucapan Tuan Hj Abu Bakar Bin Ab Ghalim (Penolong Kanan Pentadbiran SMK Mambau)

Ucapan En Roslan Bin Ibrahim (Penolong Kanan PPKI SMK Mambau)



1 comment: