Tuesday, 30 April 2019

PROGRAM MASIH ADA YANG SAYANG

Program Masih Ada Yang Sayang kali ini diadakan untuk meraikan hari lahir pelajar-pelajar yang lahir pada bulan Januari sehingga April . Program yang telah diadakan pada 29 April 2019 , kebetulan pula ini merupakan minggu akhir sebelum bulan puasa,  dah seperti kenduri menyambut puasa pula nampaknya. Majlis secara 'potluck' sumbangan para guru dan ppm.   


 Siapa lah yang awal-awal tahun dah sambut hari lahir ni.... meh kita tengok wajah-wajah mereka tu πŸ˜πŸ˜€πŸ˜€

Mewakili bulan Januari ialah Fatin Alyaa yang lahir tanggal 6hb Januari. Nampaknya cuma Fatin jer wakil tunggal yang lahir pada bulan Januari. 


Fatin Alyaa lahir pada 6/1

Tak sangka ramai pula yang lahir bulan Februari ni,  berderet-deret tarikhnya....kalau lah program Masih Ada Yang Sayang ini kita buat mengikut tarikh sebenar maka hari-hari kita akan dapat makan kek πŸ˜‹


Muhammad Hafiz lahir pada 1/2
Jethro lahir pada 2/2

Navanitan lahir pada 3/2
Muhammad Hafiz lahir pada 5/2

Mohamad Haziq lahir pada 6/2
Manakala untuk bulan  Mac dan April ia tidak semeriah bulan Februari😊 Shamsinar untuk bulan Mac dan Syafiq untuk bulan April.

Norshamsinar lahir pada 1/3

Muhammad Syafiq lahir pada 2/4

Wowwww....tiba-tiba terselit  wajah Cikgu Azlina, Kak Kam dan Kak Fara di deretan kek yang pelbagai flavour tu......alang-alang banyak sangat kek, kami tumpang semangkuk ye... Sepatutnya turut bergambar di situ ialah tuan GPK PPKI cikgu Roslan yang lahir pada 24 Januari tapi pada hari kejadian beliau berada di luar kawasanπŸ˜†πŸ˜Š.

Birthday Kak
Kam 6/4, Cikgu Azlina 1/2  dan Kak Fara 9/4



πŸ’“ January ~ April babies πŸ’“



Hakim macam biasa, walaupun makanan sedap tapi makan sikit jer...diet yeπŸ˜›
Kusyuk menikmati nasi lemak yang enak lagi menyelerakan πŸ˜πŸ˜‹


Memang terbaik πŸ‘πŸ‘


Begitu lah sambutan MAS singkatan untuk Masih Ada Yang Sayang yang diadakan di PKG Mambau.. walaupun majlis ini tidak diadakan di hotel lima bintang namun kemeriahan, kemesraan dan keakraban sangat dirasai.

Acara makan- makan di siang hari kita tangguhkan sehingga selepas raya...pastinya menu nya tak pernah tak sedap... semua yang eksklusif sahaja dari kami team ppki yang ohsem πŸ’•πŸ˜œπŸ˜








Wednesday, 24 April 2019

PERTANDINGAN PETANQUE PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) DAERAH SEREMBAN

Pertandingan Petanque Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Daerah Seremban telah berlansung pada 23 April 2019 bertempat di Kompleks Sukan Tan Sri Dr Haji Mohamad, Seremban 2.

Pasukan perempuan diwakili oleh Rumitthira dan Farhana manakala pasukan lelaki diwakili oleh Norizwan dan Syafiq Hakim.

Dipaparkan keputusan pertandingan bagi kedua-dua pasukan.

Pasukan Lelaki

1.   SMK Mambau lawan SMK Shamsudin Nain
            ( 7 )                          ( 9 )

2.  SMK Mambau lawan SMK Desa Cempaka
            (13)                          ( 3 )

3.   SMK Mambau lawan SMK Seremban 2
            (13)                           ( 4 )

4.  SMK Mambau lawan SMK Mantin
            ( 6 )                          ( 7 )


Pasukan Perempuan

1.   SMK Mambau lawan SMK Seremban Jaya
              ( 3 )                           (10)

2.   SMK Mambau lawan SMK Shamsudin Nain
              ( 8 )                         ( 2 )

3.   SMK Mambau lawan SMK Sheikh Ahmad
              ( 3 )                            (11)


Walaupun kedua-dua pasukan gagal mara ke pusingan seterusnya para pemain telah mempamerkan aksi permainan yang baik dan menunjukkan kesungguhan untuk menyaingi pihak lawan. Cuma nasib tidak berpihak kepada PPKI SMK Mambau.

Lebih menyedihkan ini merupakan kali terakhir kita menurunkan Rumitthira  kerana beliau bakal menamatkan persekolahan penghujung tahun ini dan semestinya pemain yang konsisten dan berbakat seperti beliau sukar dicari ganti.

Harapannya semoga muncul muka-muka baru dari PPKI SMK Mambau  yang berpotensi untuk berentap di gelanggang petanque pada tahun hadapan.









Bersama pasukan lawan - SMK Seremban Jaya 






Bersama cikgu Siti Noroni dan team SMK Shamsudin Nain

Pasukan dari SMK Sheikh Ahmad







Pasukan dari SMK Mantin

Tuesday, 23 April 2019

HARI AUTISME SEDUNIA PERINGKAT SEKOLAH 2019

Hari Kesedaran Autisme merupakan satu inisiatif untuk meningkatkan kesedaran para pelajar dalam memahami penghidap autisme yang disambut di seluruh dunia pada setiap 2 April.

Austisme atau Autism Spectrum Disorder (ASD) ialah gangguan neorologi di otak yang mempengaruhi perkembangan pemikiran kanak-kanak dari segi komunikasi , interaksi sosial dan tingkahlaku.

Kajian dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit di Amerika Syarikat telah menganggarkan 1 daripada 68 orang kanak-kanak adalah autisme. Mereka boleh dikenalpasti seawal usia 18 bulan melalui  simptom- simptom berikut :-
  
i) Tidak menunjukkan eye contact
ii) Lambat bercakap
iii)Tidak bertindakbalas terhadap senyuman
iv) Tantrum yang keterlaluan tanpa sebab sehingga mencederakan diri sendiri
v) Terlalu sensitif kepada cahaya , bunyi dan pergerakan
vi) Gemar mengibarkan tangan dan memusingkan badan setempat
vii) Sering menunjukkan obsesi kepada sesuatu perkara tertentu sahaja


Saban tahun telah menjadi rutin wajib bagi PPKI SMK Mambau menganjurkan program sempena Hari Kesedaran Autisme Sedunia ini, olehitu pelancaran dan perasmiannya di peringkat sekolah telah diadakan pada 8 April yang lepas.

Seperti kelazimannya, pelbagai aktiviti telah dirancang sebagai pengisian sambutan  hari yang sangat bermakna ini. 

Berbaju serba biru  untuk hari istimewa ini
Dua beradik ni membantu mengedarkan buku program dan cenderahati kepada para pentadbir
Satu persembahan sketsa  yang dibintangi oleh Colin sebagai pelakon utama, dibantu oleh Daniel, Hafiz Zairul, Norizwan, Hafiz Zaini dan Jethro telah berjaya memberi kefahaman yang lebih mengenai autisme kepada semua pelajar dan guru yang berada di majlis ini. 

Cikgu Margaret Ann juga telah memberi soalan-soalan kuiz mengenai autisme kepada guru dan pelajar, ternyata mereka faham apa itu autisme kerana soalan-soalan yang diberikan dapat dijawab dengan mudah dan tepat.

Bersedia untuk membuat persembahan





Hadiah kepada guru-guru yang berjaya menjawab solan kuiz


Majlis bertambah gamat dengan gimik pelancaran  dengan idea yang segar dan begitu menarik. Syabas kepada cikgu Nuraisyah dan Cikgu Margaret Mary yang berjaya  menghidupkan suasana dengan  menampilkan Haziq sebagai Agen PPKI 2019. Ternyata watak ni  sangat sesuai untuk Haziq.

Selesai gimik pelancaran , lengkaplah upacara pelancaran dan perasmian Hari Kesedaran Autisme 2019 Peringkat Sekolah oleh Encik Abu Bakar bin Ab Ghalim selaku pemangku Pengetua SMK Mambau. 


Agen PPKI 2019...bukan Agen PPKI 007



Scene yang mendebarkan... berjaya kah cikgu Azean menyelamatkan diri dari Agen PPKI ini 😁













Sesi bergambar bersama barisan pentadbir untuk kenang-kenangan Hari Kesedaran Autisme Peringkat Sekolah 2019

Sesudah pelancaran kita ke acara yang seterusnya iaitu acara sukaneka. Disebabkan faktor cuaca dan kekangan masa acara ini dilakukan di dewan PPKI sahaja dan cuma satu acara yang sempat dijalankan.

Acara tersebut adalah pertandingan meniup belon. Kumpulan yang berjaya meniup belon paling banyak dan mengikat pada tali dengan kemas dikira sebagai pemenang.


Taklimat mengenai sukaneka serta pembahagian kumpulan


Wah... banyak belon kumpulan ni.

Mujaheet...kita taknak belon paling besar, kita nak belon paling banyak πŸ˜†



Tiup lagi...tiup lagi....πŸ˜›










Ada yang takut belon meletup nampaknya 😌







Begitu banyak oksigen diperlukan untuk meniup satu belonπŸ˜„



Kenapa belon kat sini comel-comel sangat...tiup besar sikit 😎



Aktiviti ini menyeronokkan tapi dalam masa yang sama cukup mendebarkan. Ada risiko untuk belon tu meletup bila-bila masa. Olehitu macam-macam aksi meniup belon dapat disaksikan. Tengok gambar di bawah ni sebagai bukti. Gaya Colin dan Seow Yuen Loong paling menarik dan melucukan.






Seperti yang telah diperkatakan diawal tadi, hari ini memang padat dengan aktiviti. Acara Shake of Love pula menyusul. Acara apa pulak ni? Senang dan mudah sangat acara ni, setiap orang pelajar diberikan beberapa keping biskut bergula, plastik dan sudu. Masukkan biskut ke dalam plastik, tekan-tekan sehingga lumat...shake..shake...shake  dan...dah siap untuk dimakan. 

Sebenarnya acara ini lebih sinonim dengan makan sagun, makanan tradisi yang semakin dilupakan terutamanya oleh golongan remaja masa kini. Jadi dengan adanya acara ini, para pelajar dapat mengimbau kenangan makanan favourite sewaktu mereka kecil dahulu.

















Selesai acara Shake of Love, acara Explorace pula sedia menanti. Pelbagai task yang mencabar diberikan. Ada 4 checkpoint kesemuanya, kumpulan yang paling cepat dan tepat menyelesaikan kesemua task  merupakan pemenang. 

Acara ini dapat menerapkan sikap saling bantu membantu di dalam kumpulan, meningkatkan semangat untuk bersaing secara sihat dan tidak mudah berputus asa serta menguji kebijaksanaan membahagikan masa dan menyusun strategi.




Susah sangat task kat checkpoint ni, berkerut-kerut muka memasing πŸ˜‹



Checkpoint ni nampak agak senang task nya, masing-masing rilek ..tak stress  😜

Checkpoint ni pun tak mencabar  ke...semua senyum jer 😏


Checkpoint ni ok ke tidak ...macam tak dapat jawab jer soalan dari cikgu Nuraisyah tu😲

Tekun dan bersemangat menyelesaikan tugasan yang diberikan. 





























Acara akhir pula ialah permainan musical chair atau kadang-kadang dipanggil main rebut kerusiRasanya tidak perlu dihuraikan bagaimana permainan ini dijalankan, pastinya semua sudah maklum dengan permainan yang evergreen ini.


Cikgu Shahina mengelolakan permainan yang gempak ni ♬♫♪



Dilarang bergaduh di sini πŸ˜†πŸ˜…πŸ˜‹


Kumpulan pelajar perempuan paling cool, tak gaduh pun πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜‡πŸ˜Š

Selesai permainan musical chair, maka berakhirlah acara untuk Hari Kesedaran Autisme Sedunia Peringkat Sekolah bagi tahun ini. Dewan PPKI yang seharian gamat dan ceria dengan macam-macam aktiviti kembali sunyi.

Syabas dan tahniah kepada semua guru, pelajar dan ppm yang menjadikan hari istimewa ini sesuatu yang luarbiasa. Memang benarlah ibarat kata pepatah inggeris Teamwork makes the dream work.

AUTISM AWARENESS DAY - SEE YOU AGAIN NEXT YEAR

πŸ’™πŸ’™πŸ’™Sepi Sebuah Dewan πŸ’™πŸ’™πŸ’™