Sunday, 29 April 2018

IT CHALLENGE FOR YOUTH WITH DISABILITIES



Pada 4hb dan 5hb April 2018 yang lalu, satu-satunya peserta dari PPKI SMK Mambau iaitu Adli Anis Bin Sham telah terpilih mewakili daerah Seremban dalam Pertandingan Negeri Sembilan IT Challenge For Youth With Disabilities. Pertandingan peringkat negeri yang berlangsung selama dua hari ini diadakan di Kompleks Rakan Muda Daerah Jempol. 

Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu Kategori Individu ( e-Tools Challenge dan e-Life Map Challenge ) dan Kategori Kumpulan ( e- Design Challenge dan e-Creative Challenge).

Walaupun Adli Anis tidak memenangi acara bagi kategori individu, namun...

Bagi Kategori Kumpulan, Adli Anis telah berjaya mendapat :
1. Johan bagi e - Design Challenge
2. Naib Johan bagi e- Creative Challenge

Kejayaan tersebut telah melayakkan Adli Anis mewakili kontinjen Negeri Sembilan ke peringkat kebangsaan. 

Pada tahun ini, Negeri Sembilan menjadi tuan rumah bagi pertandingan IT Challenge peringkat kebangsaan.

Malaysia IT Challenge For Youth With Disabilities diadakan di Glory Beach Resort, Port Dickson. Pertandingan peringkat kebangsaan ini berlangsung selama 3 hari bermula 24hb April sehingga 26hb April 2018.

Segala usaha dan penat lelah Adli Anis menjalani latihan pusat berhari-hari bagi persediaan pertandingan peringkat kebangsaan ini serta pengorbanan masa dan tenaga seorang guru, Puan Nuraisyah selaku guru pembimbing dan guru pengiring, akhirnya terbalas apabila Adli Anis berjaya memenangi kategori individu dengan mendapat :

1. Naib Johan bagi e-Tools Challenge
2. Naib Johan bagi e Life Map Challenge 

TAHNIAH DAN SYABAS....


Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT sudah lama diterapkan dalam sistem pendidikan negara. Murid-murid perlu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka bagi menjadikan komputer sebagai teknologi pengajaran dan pembelajaran menggantikan pendekatan konvensional yang kurang berasaskan inovasi teknologi. Untuk menerajui pendidikan pada masa hadapan,  setiap murid mesti menguasai kemahiran ini. Ketrampilan dalam bidang ini adalah satu kriteria penting dalam sistem pendidikan abad ke - 21. 

Oleh itu, pertandingan seperti ini sangat membantu dalam mencapai objektif tersebut. Moga diteruskan lagi pada tahun-tahun berikutnya.



NEGERI SEMBILAN IT CHALLENGE FOR YOUTH WITH DISABILITIES





Semasa pembentangan kumpulan



Bersama guru pengiring, Puan Nuraisyah Bt Rani








MALAYSIA IT CHALLENGE FOR YOUTH WITH DISABILITIES (MITC)






















Kejayaan milikmu..Anda berhak hebat.





Adli Anis bersama ibu tersayang

Kontinjen Negeri Sembilan

Saturday, 21 April 2018

PROGRAM KITAR SEMULA PPKI SMK MAMBAU

Kita sering menyebut perkataan kitar semula, namun apakah definisi sebenar perkataan ini? Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007, (Akta 672)  kitar semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal untuk menghasilkan keluaran atau di dalam bahasa yang lebih mudah difahami kitar semula bermaksud  mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barang yang baru.

Program Kitar Semula PPKI SMK Mambau merupakan sebuah program berterusan yang telah dilancarkan semenjak Ogos 2016. Setakat bulan April 2018, sebanyak dua kali penjualan bahan- bahan kitar semula seperti kertas, buku, botol plastik dan tin aluminium telah dibuat. Syabas kepada semua warga PPKI dan sekolah kerana telah berkerjasama mengumpul dan mengasingkan bahan-bahan ini dengan baik.

Matlamat utama program ini ialah untuk mempraktikkan amalan kitar semula dalam kehidupan seharian (RIMUP) terutamanya warga PPKI. Disamping itu ia dapat memupuk kesedaran untuk menjaga alam sekitar dan mengurangkan pencemaran alam sekitar hasil dari pelepasan gas metana yang dihasilkan daripada sisa pepejal yang terurai di tapak pelupusan.  Ia juga dapat membantu mengurangkan jumlah pembuangan sampah di kawasan sekolah memandangkan kapasiti tapak pelupusan sampah yang semakin terhad.

Program ini juga dapat menyedarkan pelajar tentang kos untuk menghasilkan produk dari bahan mentah adalah lebih tinggi berbanding dengan menggunakan bahan-bahan yang dikitar semula; sebagai contoh, mengurangkan penggunaan sumber asli seperti kayu balak dapat mengurangkan pemanasan global dan pemusnahan habitat. Habitat haiwan yang terancam ini juga memberi impak kepada keselamatan nyawa manusia kerana apabila haiwan ini ketandusan sumber makanan ia akan berkeliaran di kawasan kediaman manusia untuk mencari makanan.

Proses mengumpulkan bahan-bahan kitar semula.


Pelajar-pelajar PPKI sedang mengangkat bahan-bahan kitar semula yang telah dikumpulkan untuk ke proses seterusnya iaitu proses mengasingkan.






Cikgu Margaret selaku Penyelaras Program memantau pelajar untuk mengasingkan bahan-bahan kitar semula agar ia mengikut kategori yang ditetapkan👍


Asingkan betul-betul ye..👀







Lumayan....RM...RM..RM😀



Berikut adalah carta yang menunjukkan bahan-bahan yang boleh dikitar semula untuk lupus. Bayangkan sebuah botol plastik mengambil masa 450 tahun untuk lupus,  ia melebihi daripada jangka hayat hidup manusia manakala bekas plastik makanan  yang kita gunakan seharian pula mengambil masa sehingga 50-80 tahun untuk lupus. Ternyata amalan kitar semula harus diambil peduli dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini.


Diharapkan kita semua lebih bertanggungjawab terhadap sampah yang kita hasilkan setiap hari selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia tersenarai antara 10 negara terbersih di dunia menjelang 2020.
Jom kitar semula...go green..go healthy 😃

Sunday, 15 April 2018

HARI KESEDARAN AUTISME SEDUNIA PERINGKAT SEKOLAH 2018









Tahukah anda apa itu Autisme?  Autisme merupakan kecacatan perkembangan fungsi otak yang mempengaruhi kemampuan seseorang itu untuk berkomukasi, berinteraksi dengan orang lain dan memberi respon yang baik terhadap persekitarannya dan mereka seakan hidup di dalam dunianya sendiri.

Setiap tahun,  2 April diisytiharkan sebagai Hari Kesedaran Autisme Sedunia atau World Autism Awareness Day. Bertemakan warna biru hari ini disambut untuk memupuk kesedaran dikalangan masyarakat agar lebih peka dengan pesakit autisme.

Pada hari Isnin, 9 hb April 2018 bertempat di Tapak Perhimpunan SMK Mambau, Hari Kesedaran Autisme Sedunia Peringkat Sekolah 2018 telah selamat disempurnakan oleh Tuan Haji Abu Bakar      bin Ab Ghalim PK Pentadbiran SMK Mambau.

Pelbagai acara telah dirangka untuk pengisian program kali ini seperti Sukaneka, Pertandingan Puzzle untuk murid autis, Kraftangan, Mewarna Logo Autisme dan Permainan Kotak Beracun.


Pengacara Majlis Tuan Haji Mohd Zabid bin Omar .
Encik Roslan bin Ibrahim PK PPKI memberikan ucapan dan penerangan terperinci tentang autisme.

Tuan Hj Abu Bakar bin Ab Ghalim PK Pentadbiran memberi ucapan seterusnya merasmikan majlis.



Sedikit info  mengenai simptom-simptom autisme. Setiap penghidap mempunyai simptom-simptom yang berbeza diantara satu sama lain. Ia boleh dikesan seawal kanak-kanak berusia di bawah 3 tahun dan diantara simptom-simptomnya adalah seperti berikut:

💙 Tidak menunjukkan eye contact
💙 Tidak bertindak balas terhadap senyuman
💙 Tantrum yang keterlaluan tanpa sebab sehingga mencederakan diri seperti menghantukkan kepala ke dinding.
💙 Tidak menunjukkan minat untuk berkawan dan bermain dengan kanak-kanak lain, selesa untuk bermain sendiri.
💙 Sering menyebut sesuatu perkataan secara berulang-ulang dan kerap melentikkan badan seolah-olah mengelak apabila dipeluk.
💙 Terlalu sensitif dan mempunyai minat yang pelik kepada sesuatu seperti cahaya, bunyi dan pergerakan.
💙 Sering menunjukkan obsesi kepada sesuatu perkara seperti permainan tertentu sahaja.
💙 Gemar mengibarkan tangan dan memusingkan badan setempat dan lebih cenderung untuk menggunakan isyarat berbanding percakapan.

Autisme boleh dirawat tetapi tidak dapat dipulihkan.

Berbalik pada kemeriahan pelancaran Hari Kesedaran Autisme Sedunia Peringkat Sekolah 2018, majlis diselang-selikan dengan acara deklamasi sajak dan kuiz mengenai autisme.

Nurul Farhana Joy Dzulkarnain mendeklamasikan sajak yang bertajuk Aku Adalah Autisme.


Jethro Jian Zhi mendeklamasikan sajak. yang bertajuk I Am A Child With Autism.
Diantara guru-guru yang telah berjaya menjawab soalan kuiz mengenai autisme dengan betul dan tentunya ada hadiah sebagai tanda kenang-kenangan.






Sekalung penghargaan kepada Tuan Haji Abu Bakar bin Ab Ghalim diatas kesudian merasmikan program ini.














Selesai upacara perasmian, para pelajar bergerak ke padang untuk acara Sukaneka. Program ini dikelolakan oleh Cikgu Margaret Ann dan Cikgu Azean. Pelajar dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu Kumpulan Newton, Kumpulan Einstein dan Kumpulan Mozart. Nama kumpulan ini diinspirasikan daripada tokoh-tokoh terkenal yang merupakan penghidap autisme. 
Bagi yang kurang mengetahui tentang tokoh-tokoh ini, berikut adalah serba sedikit penerangan tentangnya.

Isaac Newton
Seorang yang terkenal dengan teori graviti. Beliau merupakan seorang yang sukar berbicara dan bersosial.

Albert Einstein
Seorang ahli fizik terkenal berbangsa Jerman. Seorang yang gagap dan sukar berinteraksi dengan orang dengan baik.

Mozart
Seorang ahli muzik klasik yang terkenal. Memiliki pendengaran yang sangat sensitif sehingga merasa terganggu dengan suara yang keras dan juga ramai.



Berada di dalam kumpulan masing-masing.








Teruja untuk memulakan pertandingan.
Acara pertama ialah membawa bola pingpong dengan sudu menggunakan mulut. Macam mudah kan, tapi bila dah buat baru tahu kesukarannya. Nampaknya teori graviti di aplikasi kan dalam permainan ini.

Cikgu Azean menunjukkan cara-cara untuk permainan ini.








Untuk game yang kedua, mereka main hulur-hulur tepung pula. Siapa dapat paling banyak tepung dikira pemenang.


hulur-hulur...jangan sampai berterabur😜


heippp...jangan main tipu...tepung yang dah jatuh tak boleh diambil semula😉

Seri paling teliti untuk masukkan tepung ke dalam gelas tu😊


Alahai...ni kategori tepung apa ni...tepung pelita ke tepung gomak😝





Game seterusnya adalah membaling belon air. Belon berisi air dibaling dengan cara membelakangkan kawan yang bertindak untuk menyambut belon itu dengan net. Kalau nak belon selamat kena hati-hati baling dan pastikan kawan berjaya sambut. Kalau tak belon air akan jatuh dan pecah. Memang mencabar game ni.






Selesai acara Sukaneka, program diteruskan dengan Pertandingan Puzzle untuk pelajar autis manakala pelajar lain membuat Kraftangan. Acara ini dikelolakan oleh Cikgu Nanthamalar, Cikgu Che Haslina, Cikgu Azlina dan Cikgu Nuraisyah.



Ken paling laju...sap sap soi siap 😇






Mereka sedang bertungkus lumus menyiapkan kraftangan. 





Amboi seriusnya menggunting😉










Tunjuk sikit hasilnya 😊
 Di susuli pula dengan Mewarna Logo Autisme yang dikendalikan oleh Cikgu  Siti Noroni dan Cikgu Nuraisyah.







Acara terakhir ialah Permainan Kotak Beracun. Acara diketuai oleh Cikgu Shahina dan Cikgu Siti Noroni. Banyak soalan-soalan mencabar yang diajukan kepada para pelajar. Kadangkala bila soalan mencabar jawapannya pula yang kelakar.

Antara jawapan dan soalan yang mencuit hati adalah seperti...
Soalan: Apakah nama ibu negara Malaysia?
Jawapan : Kuala Pilah

Soalan: Apakah haiwan yang mempunyai belalai?
Jawapan: Rama-rama

Apapun, permainan ini sangat menarik dan berinformasi.











Semua aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Tahniah dan syabas untuk semua guru-guru, ppm dan pelajar yang sangat komited dalam tugasan yang diberikan.
Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Penyelaras PPKI Cikgu Che Haslina bt Ch Rani. Terima kasih diatas kesudian menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang.
Cikgu Azlina selaku pengacara untuk majlis penutup dan penyampaian hadiah.













Selesai sudah program Hari Kesedaran Autisme Sedunia Peringkat Sekolah 2018, semoga program ini mencapai objektif seperti yang di sasarkan iaitu meningkatkan kefahaman tentang ciri-ciri autistic bagi semua warga sekolah, memupuk kesedaran agar lebih peka terhadap keadaan penghidap autisme dan memupuk sikap toleransi dalam kalangan murid.

Perlu ditekankan disini, autisme bukanlah satu kecacatan malahan merupakan satu keistimewaan. Autisme bukanlah halangan untuk mereka berkarya dan meningkatkan prestasi diri. Tokoh-tokoh autisme yang terkenal telah membuktikan bahawa 'kelainan' yang mereka alami tidak menenggelamkan impian dan cita-cita mereka untuk berjaya.

💙💙💙💙💙 DIFFERENT 💙💙💙💙💙 UNIQUE 💙💙💙💙💙 LOVE 💙💙💙💙💙