Friday 15 July 2022

SUKANTARA PPKI SMK MAMBAU TAHUN 2022

Telah diadakan pada 15 Julai 2022 , Jumaat bermula jam 7.30 pagi di Padang SMK Mambau.

Tiga acara telah dipilih iaitu lontar peluru, lempar cakera dan lompat jauh. Mata yang diperoleh oleh murid PPKI dalam sukantara ini akan dihantar ke bahagian statistik sukan sekolah dan dijumlahkan dengan mata sukantara murid aliran perdana mengikut rumah sukan.

Sebelum bermula, murid telah diberikan taklimat oleh Cikgu Azean selaku setiausaha kokurikulum PPKI.

Bagi setiap acara yang akan dilakukan oleh murid juga, taklimat serta tunjuk ajar teknik juga diterangkan terlebih dahulu kepada semua murid yang terlibat. 

Keselamatan murid adalah keutamaan kami.

Jom lihat anak-anak PPKI kami beraksi..

Tahniah semua..anda semua terbaik ....




Terbaik Haziq

Penuh gaya













Cikgu Azean memberi penerangan tentang teknik melontar dengan betul.













Penerangan tentang acara lompat jauh oleh PK Pend Khas,Cikgu Jai

Dah bersedia nak melompat ke tu?





KUTIPAN MATA SUKANTARA PPKI MENGIKUT RUMAH SUKAN :

BIRU : 11 MATA

HIJAU : 15 MATA

KUNING : 19 MATA

MERAH : 24 MATA



Wah!!! tahniah ahli rumah merah......

Tahniah semua....


No comments:

Post a Comment