Friday, 8 July 2022

PROGRAM JOM KACAU BUBUR LAMBUK

 TARIKH : 7 JULAI 2022 (KHAMIS)

MASA : 8.00 PAGI - 1.00 TENGAH HARI

TEMPAT : KEBUN PPKI SMK MAMBAU

Salah satu program PPKI yang sempat dijalankan meskipun kekurangan guru PPKI kerana ada yang tidak sihat (kita doakan mereka dikurniakan kesembuhan) dan juga dalam kesibukan aktiviti latihan rumah sukan, sukan tara, persediaan hari kejohanan sukan sekolah.... Sukan...Sukan...Sukan ....

Alhamdulillah, program dapat juga dijalankan seperti yang telah dirancang. 

Seperti biasa, sehari sebelum program telah dijalankan aktiviti persediaan untuk masakan seperti kupas bawang, kisar bawang, bersihakan ayam, udang dan sebagainya. 

Pada hari kejadian, semua peralatan telah dibawa ke tempat memasak iaitu di kawasan lapang kebun PPKI. Aktiviti memasak bermula kira-kira jam 9.00 pagi dan selesai memasak serta mengemas alatan pada pukul 12.30 tengah hari.

Bubur yang telah dimasak dibungkus dan diagihkan kepada semua pelajar untuk dibawa pulang, dan turut diagihkan kepada semua barisan pentadbir SMK Mambau. Selebihnya bubur lambuk PPKI yang sedap lagi lazat ini dijual kepada guru-guru dan staf yang berminat untuk membeli. Permintaan sangat menggalakkan. Hal ini secara tidak langsung dapat memupuk sifat keusahawanan dalm diri murid-murid PPKI.



Penolong Kanan kami, Cikgu Jai.

Hema menggoreng kacang tanah untuk dimakan bersama bubur nanti.






Zahra mencuci beras


Cikgu Malini dan Cikgu Azlina, "chef" bubur lambuk




Team bungkus kacang tanah goreng



Dah siap bubur lambuk kita..menyelerakan..






Bubur siap dibungkus untuk dibawa pulang oleh murid dan diagihkan kepada pentadbir sekolah.










Tahniah semua, walaupun pelbagai kekangan, segalanya berjalan dengan lancar hasil kerjasama dan peranan penting yang dimainkan oleh setiap individu menyumbang kepada kejayaan sesuatu program. 





No comments:

Post a Comment