Friday, 1 July 2022

MINGGU PENDIDIKAN KHAS TAHUN 2022 - Part 4

1 Julai 2022, Jumaat... 

Program terakhir sempena Minggu Pendidikan Khas Tahun 2022...

Cukup bertuah, pada hari ini, PPKI SMK Mambau menerima tetamu iaitu Madam Lilian yang merupakan Pengerusi Stacking Association Negeri Sembilan bersama dengan anaknya. Madam Lilian memberi pendedahan kepada kami semua, guru-guru dan anak-anak PPKI khususnya tentang sukan stacking ini dari segi cara bermain, peraturan dan sebagainya.

Permainan yang nampak mudah setakat hanya menyusun "cawan plastik", namun tidak semudah yang digambarkan. Permainan ini memerlukan kefokusan, ketangkasan dan koordinasi mata dan tangan. Pemenang diambil kira berdasarkan catatan masa terpantas tanpa melakukan kesilapan yang boleh menyebabkan permainan terbatal mengikut peraturan yang ditetapkan.

Bagi memeriahkan lagi program ini, selepas sesi taklimat dan bengkel, Pertandingan Stacking dijalankan antara murid dan juga antara guru dan PPM. 

Tetapi sebelum itu, semua murid dan guru diberi peluang untuk berlatih terlebih dahulu bagi membiasakan diri kerana tidak semua pernah berpeluang bermain sukan stacking ini.

Semuanya sporting dan bermain dengan bersungguh-sungguh walaupun dalam suasana yang santai dan latihan dalam masa yang sangat terhad.

Jangankan murid, guru-guru pun ada yang ketar tangan nak menyusun cawan-cawan ni....hehe

Terima kasih Madam Lilian kerana sudi menjadi juri dalam pertandingan ini. Terima kasih jua atas segala ilmu yang dikongsikan kepada kami.

Jom kita saksikan....keletah masing-masing..




Cikgu Malini selaku pengacara majlis 



Ucapan Cikgu Jai , Penolong Kanan Pendidikan Khas



Penerangan daripada Madam Lilian


Tunjuk cara bermain bagi setiap disiplin


Cara menyentuh timer sebelum mula menyusun dan selepas tamat menyusun


Latihan

Hazim

Haziq

Hazimin

Sneha

Panevsha

Brittany

Jusaktii

Ken Fung

Fatin

Izwan

Hafiz

Zahra

Ashwad
























Penyampaian cenderahati 


Sesi bergambar






No comments:

Post a Comment