27 MAC 2018
Sekali lagi...
Tiga program serentak telah berlaku di PPKI SMK Mambau...Ketiga-tiga program ini diadakan di 3 buah tempat yang berbeza.
Program bermula sebaik sahaja tamat perhimpunan harian iaitu pada pukul 7.30 pagi.
1. Program Masih Ada Yang Sayang (MAS) - di Dewan PPKI SMK Mambau.
2. Program Kerja Amal - di City Park Seremban 2.
3. Terapi boling - di U'Bowl AEON Seremban 2.
Aturcara ketiga-tiga program adalah seperti yang berikut:
7.30 pagi - 8.45 pagi : Program Masih Ada Yang Sayang
- Bacaan Doa
- Sambutan Hari Lahir
- Nyanyian Lagu 'Happy Birthday'
- Upacara pemotongan kek
- Jamuan makan
Tepat jam 8.45 pagi, murid-murid menaiki bas menuju ke City Park Seremban 2.
9.00 pagi - 10.00 pagi : Program Kerja Amal di City Park
- Taklimat dan pengagihan plastik sampah.
- Aktiviti bermula
Pada pukul 10.00 pagi, bertolak ke AEON Seremban 2.
10.30 pagi : Program Terapi Boling
1.00 tengah hari : Bertolak balik ke sekolah
Program Masih Ada Yang Sayang dikendalikan oleh Encik Mohd Zabid |
Bacaan doa |
Sambutan Hari Lahir murid-murid yang lahir pada bulan Januari hingga Mac |
Pembahagian kumpulan untuk aktiviti terapi boling oleh Pn Nanthamalar |
Bertolak ke City Park Seremban 2 |
Sampai di City Park |
Taklimat sebelum Program Kerja Amal oleh Puan Margaret Ann dan Pn Nanthamalar |
Mengutip sampah sekitar City Park |
Sempat lagi bergambar... |
Hasil kutipan sampah-sarap sekitar City Park |
Sampai di AEON S2 |
Santai makan-makan di Mc Donald sementara menunggu bas datang. |
En Mohd Zabid dan Muhammad Aiman (bekas murid PPKI SMK Mambau) |
Ketiga-tiga program berjalan dengan lancar...
Tahniah kepada semua....