Thursday, 11 February 2016

PROGRAM REKREASI MINDA DAN TERAPI BOLING SESI I 2016

3 FEBRUARI 2016

Menjadi satu kemestian bagi warga PPKI SMKM mengadakan Program Rekreasi Minda dan Terapi Boling bagi murid-murid PPKI kami. Pada tahun ini, program ini telah diadakan pada 3 Februari 2016 (Rabu) di City Park dan U' Bowl, Jaya Jusco Seremban 2. Berikut merupakan tentatif Program Rekreasi Minda dan Terapi Boling sesi 1 : 

TENTATIF PROGRAM :
7.30 pg   - Bertolak dari sekolah ke City Park Seremban 2.
8.00 pg   - Bermain alat dan permainan kecergasan.
                 - Berjalan-jalan di sekitar City Park
                 - Bersarapan pagi
10.30 pg - Bertolak ke Jaya Jusco
11.00 pg - Pemerhatian dan teknik bermain boling.
1.30 tgh  - Makan Tengahari / Solat
3.30 ptg  - Bertolak balik ke sekolah 


Perancangan telah disiapkan daripada awal lagi mengikut tentatif yang disediakan oleh penyelaras program. Namun begitu, cuaca pada hari tersebut tidak membolehkan warga PPKI SMKM beriadah di City Park kerana hujan. Program diterusakan dengan terapi boling di U' Bowl Jaya Jusco Seremban 2. Kami menggunakan perkhidmatan bas City Linear untuk membawa murid-murid PPKI ke tempat terapi boling.

Murid-murid PPKI SMKM begitu bersemangat mengikuti aktiviti ini. Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan bersama seorang guru. Setelah pemerhatian teknik bermain boling selesai, satu pertandingan antara kumpulan dijalankan. Semua murid PPKI mengambil bahagian begitu aktif meskipun mengalami kesukaran untuk membuat balingan. 

Setelah selesai makan tengahari, warga PPKI SMKM  bertolak pulang ke sekolah. Meskipun terdapat aktiviti yang tidak dapat dijalankan kerana hujan, namun murid-murid PPKI SMKM sangat gembira dapat menjalankan aktiviti luar bilik darjah bersama guru-guru.























No comments:

Post a Comment