Monday 1 February 2016

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN TAHUN BARU CINA PPKI SMKM 2016

28 JANUARI 2016

Baru-baru ini, PPKI SMK Mambau telah mengadakan satu majlis untuk meraikan murid-murid yang beragama Buddha yang akan menyambut Tahun Baru Cina. Majlis Penyampaian Sumbangan Tahun Baru Cina PPKI SMKM ini telah diadakan pada 28 Januari 2016 (Khamis) di Dewan PPKI SMKM.

Majlis ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMKM, Puan Rozila binti Wahidin dan Penolong Kanan Kokurikulum SMKM, Puan Romsina binti Abdul Karim. Perasmian dan pembahagian sumbangan kepada murid-murid Cina telah disempurnakan oleh Puan Rozila binti Wahidin.

Kegembiraan jelas terpancar pada raut wajah murid-murid PPKI yang berbangsa Cina dengan sumbangan yang diberikan. Tambahan pula, terdapat beberapa orang ibu bapa penjaga murid PPKI yang turut serta dalam majlis tersebut. Mereka amat berbesar hati dan berterima kasih dengan sumbangan yang diberikan.

selain daripada itu, semua warga PPKI SMKM menerima buah limau sebagai simbolik majlis sumbangan Tahun Baru Cina ini. Diharap program seperti ini dapat diteruskan agar murid-murid PPKI dapat merasai jalinan pelbagai bangsa antara mereka. 

WARGA PPKI SMK MAMBAU MENGUCAPKAN :

'SELAMAT TAHUN BARU CINA'   


















No comments:

Post a Comment