Monday 29 February 2016

MAJLIS PERPISAHAN PN JAMILAH BT KADIR

26 FEBRUARI 2016


Pada tanggal 26 Februari 2016, sebuah majlis telah diadakan untuk meraikan Pn. Jamilah Binti Kadir, mantan GPK Pendidikan Khas SMK Mambau yang telah dinaikkan pangkat sebagai Ketua Unit Pendidikan Khas di Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan di Dewan Makan Teratai Restaurant,Seremban 2.


Pada jam 8.00 malam, tetamu yang diraikan hadir dewan tersebut yang telah dihias indah dengan kerusi meja berbalut dan hiasan pentas bertemakan warna kuning hijau menambah seri majlis.

Majlis yang dipengerusikan oleh Pn. Malini Binti Zaki ini dimulakan  dengan bacaan doa oleh En. Zabid Bin Omar  untuk memberkati majlis.

Semua tetamu dijemput menjamu selera.  Berbagai-bagai juadah masakan cina dihidangkan. Menu ala-ala hotel gitu...meriah dan cera sekali. Sambil tetamu menjamu selera...majlis diteruskan.

Majlis diteruskan dengan ucapan Pengetua. Tuan Haji Norhashim mengucapkan tahniah kepada semua Jawatankuasa Majlis Perpisahan yang telah berjaya menganjurkan majlis perpisahan ini.  Beliau juga melahirkan rasa gembira atas kehadiran tetamu yang diraikan dan kepada semua warga PPKI SMK Mambau yang hadir. 

Dalam ucapan tersebut, segala jasa dan usaha mantan GPK Pendidikan Khas disentuh. Beliau telah menjalankan tugas dengan penuh komitmen dan merupakan GPK yang amat disenangi. Sikap beliau yang mudah didekati membuatkan beliau dekat dengan seluruh warga sekolah.

Seterusnya Cik Rahimah Binti Shamsuddin selaku Penyelaras PPKI SMK Mambau mewakili seluruh warga PPKI memberikan ucapan. Didalam ucapannya telah menyentuh mengenai jasa-jasa mntan GPK Pendidikan Khas dan mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala tunjuk ajar yang telah diberikan kepada seluruh warga PPKI SMK Mambau. Selain itu memohon maaf bagi pihak warga PPKI SMK Mambau sekiranya sepanjang bertugas bersama terdapat sebarang kesilapan yang sedar mahupun tidak.

Seterusnya Puan Jamilah Binti Kadir dijemput ke pentas untuk menyampaikan ucapan.  Jelas kelihatan kesedihan di raut wajah beliau ketika beliau ingin menyampaikan ucapan. Beliau meluahkan segala isi hati yang terbuku selama berada di SMK Mambau. Pengalaman itu merupakan pengalaman terindah yang tidak dapat dilupakan.  

Acara seterusnya ialah penyampaian hadiah. Penyelaras PPKI SMK Mambau menyampaikan hadiah merupakan sebentuk cincin emas kepada Pn. Jamilah Binti Kadir. Seterusnya wakil pelajar, Mohd Zairi Bin Mokhtar menyampaikan hadiah kepada Pn Jamilah Binti Kadir dan hadiah tersebut merupakan hasil kraftangan yang telah dibuatnya sendiri.   

Yang Dipertua PIBG, turut hadir dan berpeluang untuk menyampaikan ucapan.  Beliau merakamkan penghargaan terima kasih dan tahniah kepada warga PPKI SMK Mambau dan mencadangkan agar program sebegini diteruskan di masa-masa akan datang.

































DARI MANA ASALNYA USAH DIUSUL
MOLEK BUDINYA MENAMBAT HATI
DUA TIGA BICARA SALAH TERSASUL
JANGAN DISIMPAN DI DALAM HATI

UBI MANIS UBI KELADI
KALAU ADA DITAMBAH LAGI 
SEKIRANYA UMUR PANJANG DIRESTUI
KITA PASTI BERJUMPA LAGI

No comments:

Post a Comment