PROGRAM SEPANJANG APRIL 2022
Pada 4 April 2022 (Isnin) sesi persekolahan secara bersemuka bermula.
Pelbagai program telah dirancang bagi anak-anak PPKI kami.
Empat hingga lima program berlangsung serentak adalah perkara biasa berlaku di PPKI SMK Mambau sejak dahulu lagi. Semuanya demi murid-murid PPKI. Jadual aktiviti telah disusun cantik oleh setiap guru penyelaras program bagi memastikan aktiviti yang dirancang berjalan dengan jayanya.
Antara program yang telah dirancang sepanjang bulan April tahun ini ialah :
1. Program Sentuhan Kasih 3M (4 April - 29 April 2022)
2. Program Bulan Kesedaran Autisme ( 4 April - 29 April 2022)
3. Program Ihya' Ramadan dan Kerohanian ( 8 April - 29 April 2022)
4. Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas (18 April 2022)
5. Kudap-kudap Aildilfitri (27 April 2022)
6. Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri (28 April 2022)
Semua program di atas padat dengan pelbagai aktiviti yang menarik .
Jom kita lihat apa aktiviti tersebut........
1. Program Sentuhan Kasih 3M (membaca, menulis dan mengira)
- Mari Membaca
- Bacalah sayangku
- Jom Kita Baca
- Mari Mengeja
- Mari Menulis
- Jom Kira
- Bermain Dengan Angka
- Pertandingan Kira Pantas
- Pertandingan Membaca
- Pertandingan Menulis
2. Program Bulan Kesedaran Autisme
- Different Not Less Colouring Contest
- Magical Touch With Clay
- Match Me Up - Puzzle Contest
- Stacking Practice
- It's Okay To Be Different
- Photobooth With Props
- Stacking Competition
- Ceramah Terapi Pertuturan
- Bookmark
3. Program Ihya' Ramadan dan Kerohanian (Program ini berlangsung sepanjang bulan Ramadan) Program Ihya Ramadan adalah bagi murid-murid Islam manakala Program Kerohanian dirancang bagi murid-murid bukan Islam)
Aktiviti Program Ihya Ramadan
- Bacaan Yassin setiap pagi Jumaat
- Zikir munajat
- Tazkirah Ramadhan
- Kuiz Ramadan
- Pertandingan azan dan iqamat
- Hafazan surah lazim
- Pertandingan membuat kad ucapan hari raya
Aktiviti Program Kerohanian
- Pertandingan mewarna poster
- Bumi Hijau
- Ceramah Kebersihan Diri
- Jom Bercerita / Stress Free - Refleksologi
- Kuiz Kerohanian
4. Kudap-Kudap Aidilfitri ( membuat biskut cornflake madu )
Haaa..... banyakkan aktiviti ...
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar...
Jom kita lihat satu persatu kemeriahan program yang berlangsung disamping melihat keletah anak-anak PPKI kami.....
Tapi sebelum itu, kita nak cerita tentang aktiviti murid PPKI pada pagi hari pertama sesi persekolahan ........
Selamat datang diucapkan kepada 4 orang murid baru PPKI tahun 2022 iaitu Hazim, Hazim Aiman, Lu Zhi Peng dan Lahveeniya.
PPKI SMK Mambau juga menerima kedatangan seorang guru baharu iaitu Cikgu Farah Wahida binti Mohd Khalil.
Hari pertama padat dengan pelbagai pengisian . Di awal pagi murid-murid berkumpul di dewan terbuka iaitu perhimpunan bersama Puan Pengetua, Puan Hajah Salwati binti Setia. Selepas itu, murid bergerak ke Bilik Gerak Al Farisi bagi sesi taklimat bersama En Abdul Jelani bin Mohd Zin (PK Pend Khas), Cikgu Malini (SU pentadbiran PPKI), Cikgu Nanthamalar (SU Kurikulum), Cikgu Margaret Ann (SU HEM) dan Cikgu Azean (SU Koko).
Cikgu Abdul Jelani bin Mohd Zin (PK Pendidikan Khas) |
Cikgu Malini binti Md Zaki (SU Pentadbiran PPKI) |
Cikgu Nanthamalar (SU Kurikulum PPKI) |
Cikgu Margaret Ann (SU Hal Ehwal Murid PPKI) |
Cikgu Azean (SU Kokurikulum) |
No comments:
Post a Comment