Saturday 30 April 2022

PROGRAM BULAN KESEDARAN AUTISME SEDUNIA PERINGKAT SEKOLAH (PART 2)

 Bersambung lagi aktiviti autisme di sini.....

Stacking Practice

Memperkenalkan sukan stacking kepada semua murid. 

Pemain perlu menyusun cawan yang direka khas dalam turutan tertentu.

Dalam permainan ini. peralatan yang diperlukan ialah:

- 12 buah cawan khas iaitu cawan yang mempunyai lubang di bahagian bawah

-  stacking mat

- timer 

(Peralatan yang diiktiraf oleh World Sport Stacking Association)

Kemahiran yang diperlukan dalam permainan ini ialah koordinasi mata dan tangan, kefokusan dan ketangkasan.

Antara kebaikan sukan stacking mengikut kajian ialah :

1. Meningkatkan koordinasi tangan - mata & masa tindak balas sehingga 30% (Brian Udermann)

2. Menggunakan kedua-dua belah otak iaitu otak kanan dan otak kiri (Melania A. Hart)

3. 1 jam latihan dapat meningkatan masa tindak balas pada orang dewasa muda ( Gibbons, E. Hendrick, JL, & Bauer)


Taklimat dan penerangan tentang cara bermain dan peraturan oleh Cikgu Nuraisyah yang juga merupakan PT sukan stacking Pendidikan Khas Daerah Seremban.


Demonstrasi permainan oleh Wong Cheng Yeong, murid PPKI SMK Mambau yang pernah menyertai sukan ini sehingga ke peringkat kebangsaan pada tahun lepas. Good Job Ah Yeong

Demonstrasi kedua oleh Hema Loshinii yang juga pernah mewakili Negeri Sembilan di peringkat kebangsaan pada tahun lepas.

Demonstrasi ketiga oleh Norizwan yang juga pernah menyertai sukan ini di peringkat daerah pada tahun lepas.

Syabas semuanya..

Semoga pendedahan tentang sukan ini menarik lebih ramai murid yang berminat dan pada masa yang sama dapat mencungkil bakat murid-murid lain untuk menyertainya dan seterusnya mewakili sekolah dalam pertandingan akan datang.




























Stacking Competition

Taklimat ringkas tentang peraturan pertandingan oleh Cikgu Nanthamalar 





Pertandingan bermula.
Semua murid yang hadir pada hari tersebut diberi peluang menyertai pertandingan.
Oleh kerana kekangan masa, murid yang menyertai hanya perlu membuat satu disiplin sahaja iaitu Disiplin 1 ( 3-3-3)
















Aktiviti Together We Fit Beautifully

Taklimat / penerangan tentang aktiviti disampaikan oleh Cikgu Margaret Ann

Brittany , Sneha dan Panevsha #3sekawan






Cikgu Sanmugam











Yeayyyy sudah siap #hasilkerjakami



Semasa aktiviti ini, murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan perlu menghias / mewarnakan huruf menggunakan teknik capan. Setelah selesai, mereka perlu menggabungkan huruf-huruf  tersebut bagi menghasilkan satu banner autisme awareness yang sangat cantik dan berwarna- warni.

Itulah sebenarnya konsep aktiviti ini...

"Together we fit beautifully"


Aktiviti Bookmark

Kami menghasilkan bookmark/penanda buku autisme yang sangat menarik. Penanda buku ini akan diedarkan kepada Pengetua dan semua warga SMK Mambau termasuklah guru-guru, para pelajar, staf, pekerja swasta dan pengawal keselamatan.

Turut sama diedarkan ialah risalah berkaitan dengan autisme. Tujuan aktiviti ini adalah untuk memberi info dan pendedahan kepada semua warga sekolah tentang autisme sempena "Hari Kesedaran Autisme Sedunia" serta perkara-perkara yang mereka perlu tahu tentang autisme ini agar mereka semua lebih peka dan memahami serta prihatin dengan kanak-kanak atau individu autisme.

Kanak-kanak autisme kebanyakkannya tidak akan menunjukkan respon semasa berinteraksi dengan orang lain. Mereka lebih suka mengasingkan diri seolah-olah berada dalam dunianya sendiri.

Penerangan tentang cara penghasilan bookmark oleh Cikgu Sanmugam.
Haziq dah siap!


Bagus Goh Fei Yip

Bagus Hazim

Tahniah Hazimin

Jusaktii menampal penanda buku yang telah disiapkannya.




Good job Ken

Tahniah Rahmat

Good Sneha

Penanda buku dan risalah untuk diedarkan kepada semua warga sekolah.


Puan Khamisah turut sama membantu mengikat reben pada penanda buku autisme.

Cikgu Azlina membantu juga mengikat reben pada penanda buku autisme.

Cikgu Jai (PK Pendidikan Khas) memberi sedikit penerangan tentang autisme di kelas-kelas aliran perdana sebelum mengedarkan risalah dan penanda buku. Turut bersama ialah Cikgu Malini
(SU Pentadbiran PPKI)




Cikgu Nanthamalar pun turut serta bersama murid mengedarkan penanda buku dan risalah.














Bersama Puan Haja Salwati (Pengetua). Terima kasih puan.





"SELAMAT MENYAMBUT HARI KESEDARAN AUTISME SEDUNIA"

DARIPADA WARGA PPKI SMK MAMBAU




No comments:

Post a Comment