Monday 8 February 2021

SUMBANGAN HAMPER SEMPENA TAHUN BARU CINA 2021

     Program Penyampaian Sumbangan Tahun Baru Cina adalah salah satu Program yang dijalankan setiap tahun di PPKI SMK Mambau. Program ini bertujuan untuk memastikan kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina dapat dirasai oleh semua warga PPKI SMK Mambau. Program ini juga merupakan program yang berkaitan dengan pembelajaran murid-murid Pendidikan Khas yang melibatkan subjek seperti Pendidikan Moral dan Penerapan nilai murni dalam aspek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Selain itu program ini dapat mewujudkan semangat perpaduan dalam kalangan murid yang pelbagai bangsa. Program ini juga dapat mengeratkan silatulrahim antara warga PPKI SMK Mambau dengan ibu bapa murid-murid serta dapat mewujudkan semangat muhibah dan saling hormat -menghormati antara satu sama lain tanpa mengira bangsa dan agama.













No comments:

Post a Comment