Thursday 25 February 2021

SAMBUTAN HARI PENGASAS PENGAKAP SEDUNIA

     Bagi merealisasikan sempena Hari Pengasas Pengakap Sedunia Tahun 2021. Persatuan Pengakap Daerah Seremban Timur telah menganjurkan satu aktiviti untuk Ahli Pengakap.  Dimana semua ahli pengakap dikehendaki menghantar gambar dan video ucapan untuk Hari Pengasas Pengakap. Gambar dan video pengakap yang dihantar akan dimuat naik di laman facebook Pengakap Daerah Seremban Timur oleh guru pemimpin setiap sekolah.Tujuan aktiviti ini untuk memeriahkan Hari Pengasas Pengakap dan Sijil Peringkat Daerah akan diberikan kepada murid yang menyertai aktiviti ini. Penyertaan terbuka kepada semua ahli pengakap dan guru-guru pemimpin pengakap.

Syarat-syarat :-

1.     Memakai skaf pengakap

2.    Digalakkan berpakaian lengkap uniform pengakap.

3.    Gambar atau video hendaklah dihantar kepada guru Pemimpin Pengakap di sekolah masing-masing

4.     Kemudian Guru Pemimpin akan kongsi dalam facebook Pengakap Daerah Seremban Timur.


TARIKH :- 22HB FEB 2021

HARI :- ISNIN

MASA :- 7.00 PAGI -12.00 TGH MLM

TEMPAT :- KEDIAMAN MASING-MASING

ANJURAN:- PENGAKAP DAERAH SEREMBAN TIMUR



















No comments:

Post a Comment